Sunday, 29 March 2015

Sharing : Lata Cangkah holiday!

Assalamulaikum eberibadi.. :D
nampak x dia punya senyum sampai ke telinga tuh? hoho
sure la! happy tau..sebabnya cik freesia baru ja balik dari oliday..oliday gitu..bunyi cam beshhh sangat.. (*_*)

OK nak throwback sikit..jeng2....28.3.2015! aku dan kawan-kawan merangkap housemate aku yang tercinta telah membuat keputusan untuk pergi meriliskan tension gitu..yelah asyik belajar je kan..pegi kelas balik kelas.. (belajar ke?krik..krik) so kami pergi berlima yang terdiri daripada k.ira (cik driver..hehe), pojie, nim. dan juga nuyu.. n aku sekali lah for sure..hehe destinasi oliday kami ialah ke Lata Cangkah.. Lata Cangkah ni kat Setiu Terengganu..kat bandar Permaisuri..haaa orang Terengganu mesti tau Lata Cangkah ni..almaklum lah kami ni student umt cita warisan, so ni lah tempat terdekat yang kami boleh spent time untuk short vacation..hehe

ok kite mula cerita..kami bertolak dalam pukul 12 lebih gitu..sebab kami kat gong badak je..hoho perjalanan kami ke bandar permaisuri ambik masadalam 1jam setengah jugak..2jam lah termasuk stop tuk solat dan ke tandas..hehe kami pergi hari sabtu..memang sah-sah lah ramai sangat org..org kelantan kate 'beriokss'..u know what 'berioks' means?muahaha

kami sampai kat Lata Cangkah 2 ni dalam pukul 2..dah siap2 pakai baju biasa nih..sebab nak terjun terus..hehe kat surau pertengahan jalan lagi dah salin.hehe kawan2 aku lagi lah..dari rumah pakai baju biasa..senang kan..rugi pulak aku x buat macam tu..menyesal ahmek kau! hoho so masa sampai tuh ramainye orang..mostly lelaki..x tau la kenape ramai lelaki..ushar lah kejap mamat2 hensem tuh..hoho encik cinta jangan marah tau! yg penting i lebiu u sorang..haha (jiwang lak kat sini). masa mula2 sampai tu ada la dalam 2 3 gerai bukak jual air, cucuk, sate ikan. makanan ala2 cam gitu la..boleh la buat alas perut sape yang x makan lagi tuh..huhu nak harapkan ada restoran memamng x lah sebab lata ni kat dalam kampung tau..jauh jugak bila masuk kawasan kampung nak sampai lata..kampung teknologi nama dye..haha pastu melepasi kampung seladang..lepas tu baru la sampai lata cangkah 2..xtau la kenape 2..yang 1 kami x jumpa pon..haha awal2 lagi dah nampak signboard 'selamat datang ke lata cangkah 2' haa gitu!


haaa...ni lah intro untuk korang..haha boleh la cuci mata :P


ni bila dah jalan kaki masuk ke lata..cari tempat yang sesuai..cantik kan? nanti korang akan dengar bunyi cangkerik n macam2..bunyi hutan..camtu lah..hehe sesuai untuk nak tenangkan fikiran jauh dari kota :D









haa...so inilah gambar2 yang boleh aku share kat korang..yang penting beshhh..semoga bermanfaat ye untuk sesape yang mencari destinasi untuk bercuti berjimba bersama famili, encik cinta, kawan2 n so on..hehe ok semoga berjumpa lagi di next entry! muahh ciked :*

Friday, 27 March 2015

Sharing : Apa Patut Lelaki Buat Bila Wanita 'Datang Bulan'

Bismillah..
assalamualaikum semua..hai selamat berweekend! ^_^
happy sabtu day eberibadiy..

Erm ingat tak hari tu di entry lepas aku ada cerita pasal senggugut kan? so now jeng2..nak cerita pulak ape patut lelaki buat bila wanita period..hehe LELAKI? Tak kira lah suami ke, encik tunang ke, encik cinta ke,.yang pasti ni panduan untuk para lelaki di luar sana membahagiakan pasangan masing-masing bila mereka sedang dalam situasi 'x betol' tu..haha :P

so setelah mengoogle dan mencedok segala info dari p.cik google yang baik hati, aku ada lah dapat info sikit pasal ni..ehem! encik cinta pliss alert okeh :D 

                                        jom baca ^_^


  • Hadiahkan coklat kepadanya. Pasti si dia gembira menerimanya . Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu
  • Buktikan peranan lelaki perlu untuk memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang minggu itu.
  • Lelaki sering kena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanitanya bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujian cantik lebih –lebih
  • Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
  • Bila si keksaih mula bertanyakan badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit apa yang dia makan semalam.
  • Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sesekali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaanya.
  • Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meniggikan suara.
  • Adakah lebih baik jika kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan serasi hidup.
  • Bagi suami belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
                   ok gud luck guys! heheh jumpa di next entry..semoga bermanfaat :)  

Homesick is coming

Bismillah.
Assalamualaikum semua! moga sihat-sihat semua ye ^_^

entry kali ni aku nak citer sikit pasal homesick.. erm semua orang pernah rasa kan.. sama jugak lah dgn aku.. mostly kite semua student kan? semua dok jauh dari family..hmm rindunye..dok counting days jer nak balik..hanya Tuhan yang tahu.. aku seorang penuntut universiti..tahun akhir pulak tu..masih homesick kah? hoho mestilah kan? x sabar rasa nak balik cuti mid sem nanti..

tapi..sebagai pelajar kite kena kuat. stay strong gitu (*_*) sebab semua orang rasa homesick ni..tak de sape yang tak rindu keluarga kan..so untuk hilangkan rasa homesick ni kita kena tetapkan niat kita datang untuk belajar.. think positif..orang lain rindu family juga :) just fokus pada pelajaran.. have fun dengan kenkawan..tu semua buat kita 'lupa' sikit tentang kat rumah tu..hehe n paling penting kena BERDOA.. berdoa moga family kita sihat2 selalu..jgn lupa untuk kol mak ayah kita..tapi jangan lah sampai hari-hari..nanti buat kita makin rindu kat dorang..hehe

Actually aku dulu merupakan pengidap penyakit homesick paling kritikal tahap dewa..haha cerita ini berlaku masa mula-mula aku nak masuk asrama form 1..d isebabkan dapat keputusan yang cemerlang dalam upsr (ayat bangga gitu..haha) aku di tawarkan untuk masuk ke sekolah berasrama..fuh..first time nih jauh ngan mak abah..selama ni berkepit 24jam..nak kata anak bongsu bukan..anak sulung! haha so d asrama itu lah bermulah episod aku sebagai penghidap homesick tahap kritikal..siang malam menangis..tengok gambar mak. peluk gambar mak..macam kita sorang ada mak..hoho aku menangis sampai ke sudah..setiap minggu dapat balik rumah sebab menangis..haha pura-pura sakit lah..macam-macam buat semata nak balik..kesian kat abah kena datang ambik :( i'm sory abah. oleh di sebab kan aku selalu cabut dari asrama maka kehadiran ke sekolah pon terjejas..ye lah rumah jauh kan..amik kau! tak pasal-pasal asyik kena panggil je kat cikgu disiplin sebab banyak tak datang sekolah..huhu

macam-macam mak nasihat sampailah aku rasa aku dah betol-betol bersedia untuk kembali ke asrama semua...haha ayat macam kembali kepangkuan gitu :P so form 3 aku masuk balik asrama..dan lepas tu penyakit homesick tuh dah nyah dari hidup aku.. rasa nak balik sikit-sikit tu ada lah..macam sekarang..kat universiti pon rasa nak balik jugak..cuma satu je..KITA KENA SABAR :)

So nasihat aku untuk adik-adik yang menghidap penyakit kritikal homesick ni cuba sabar dan fikir positif :) insyaallah anda boleh atasi masalah itu..hehehe (ada bakat x jadi kaunselor ni) ok jumpa di next entry! bye laling :*


Thursday, 26 March 2015

Sharing : Petua hilangkan senggugut

Bismillah.
Assalamualaikum semua..salam jumaat penuh barakah ^_^ semoga kita semua dalam rahmatNya..terima kasih kepada yang follow cik freesia punya blog ni..maklumlah orang baru dalam dunia blogger..masih dalam proses belajar lagi :)


haaa..jeng2..mesti semua perempuan tahu kan bila tengok je gambar ni..hehe lelaki diam! ngeh2..ok entry kali ni cik freesia nak share sikit pasal sakit senggugut...oleh di sebab kan aku antara insan yang tak terkecuali dalam alam fana ini untuk merasa sakit ini..sakit nya x tertanggung kan ladies? erm rasa macam nak runtuhkan satu rumah, nak tendang katil, nak tendang pintu, nak baling bantal, nak makan orang..haha dan macam2.. hanya perempuan saje yang memahami macam mana rasa sakit tu..wahh gitu :P kebanyakan perempuan yang mengalami sakit ni mesti akansedikit terganggu tugas harian..macam aku bila time 'ni" memang cuti seheavennya lah..hehe kelas ponteng..jeng2..bila time sekolah menengah dulu aku lah antara insan yang akan mendiami bilik sakit setiap bulan..haha 

so jom kita tengok ladies ape itu senggugut dan petua2 yang boleh kita amalkan? ^_^

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea. ( di cedok daripada mana lagi kalau bukan pak cik google..hehe)
PETUA HILANGKAN SENGGUGUT (dicedok daripada berita harian)
---->Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

--->Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

--->Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
--->Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
--->Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

--->Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

 --->Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

--->Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

--->Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

--->Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

--->Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

--->Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

so inilah antara petua-petua nya..korang boleh la cuba ye..insyaallah akan berkurang sakit tu..hihi aku pon cuba jugak..orang tua-tua kata ikhtiar..hehe selamat mencuba ladies! dan jangan lupe share kat sini nanti (*_*)

                                          babai! jumpa di next entry okeh! muaahh ciked :*



Sparkly Santa Hat Ice Cream
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI