Review Movie : The Huntsman Winter War 2016

Assalamualaikum and Hye!

Intro : Selekeh gitu la kalau namanya midnight movie :P

Hari ni aku nak review movie yang aku baru je aku tengok Sabtu yang lepas. Aku juga pernah review movie "The Jungle Book" a few weeks ago. Siapa tak baca lagi boleh baca kat *SINI
 Seperti biasa akan tengok kat GSC East Coast Mall Kuantan  ni.. hehe

Ruang yang luas dan selesa. Skrin pon memang best kalau pilih hall 1.

Sinopsis The Huntsman Winter's War (2016)

Film "The Huntsman Winters War" menceritakan tentang nasib The Huntsman (Chris Hemsworth) dan Sara (Chastain) yang telah terjebak dengan dalam sebuah hubungan percintaan yang berbahaya. Ratu jahat iaitu Ravenna (Theron) dianggap telah berhasil dikalahkan oleh pedang Snow White dalam diam memperhatikan bagaimana kakak perempuannya Freya (Blunt) harus menderita atas pengkhianatannya dan telah meninggalkan kerajaan mereka.

Freya mempunyai satu kemampuan iaitu dapat membekukan musuh-musuhnya. Kerana itulah dia digelar Ratu Ais. Freya telah menghabiskan masanya di sebuah istana musim dingin untuk membesarkan sebuah kelompok Huntsman. Termasuk Eric (Hemsworth) dan prajurit Sara (Chastain) hanya untuk mengejar penghargaan diri dan tentangan untuk terus berdemdam dengan rasa cinta.

Ketika Freya telah belajar dari kematian kakaknya, dia segera mengumpulkan tentara yang masih dimilikinya untuk membawa cermin sihir (Magic Mirror) sebagai satu-satunya yang tersisa untuk mendapatkan kekuatan darinya. Tetapi setelah dia menemukan bahawa Ravenna ternyata dapat dibangkitkan dari cermin sihir itu, Freya telah terancam dengan kekuatan kegelapan yang belum pernah ada.

Kesudahannya? korang kena lah tengok cerita ni. Hehe

Review Film The Huntsman Winter's War (2016)

Film The Huntsman Winters War merupakan sebuah filem yang ceritanya merupakan sambungan daripada Snow White and the Huntsman 2012. Tapi aku tak tengok pon yang 2012 tu. Haha Filem ini masih di bintangi oleh pelakon hollywood iaitu Chris Hemsworth sebagai bintang utama (pelakon yang paling aku minat..hehe). Bagi aku cerita ni sangat BEST! BEST! Dia punya view, jalan cerita, scene semua menarik.

Bab yang Freya (Ratu Ais) tu sebijik macam Frozen weh. Aku dah la jenis hantu Faitytale. Series istana dia, baju dia, semuaa cantik tau. So adorable tengok dia pon. Cantik banget! ^_^. Selain tu, cerita ni banyak sangat pengajaran. Pengajaran yang paling aku rasa sangat menikam kalbuku ialah "Selamanya kasih sayang tak kan pernah tewas dengan kekerasan". Wah ayat aku! HAHA Walaupon si Freya tu berusaha untuk mengeraskan hatinya dan berdendam dengan cinta dan sedaya upaya cuba pisahkan Eric dengan Sara, tapi cinta mereka tetap utuh. Ini harus di jadikan pengajaran. Hehe Freya pula walaupon luarannya penuh dengan dendam, tapi dia tak sampai hati nak bunuh si Revenna yang jahat tu. Kasih sayang antara adik beradik tu ada. Lain lah si Revenna tu memang kejam. Geram betul aku. 

Yang part orang kerdil pon ada. Lucu. nilai kerjasama dan persahabatan pon ada dalam cerita ni. Mereka semua kerjasama antara satu sama lain untuk dapatkan cermin sihir tu. Aku betul kagum. Tambah-tambah bila kawan Eric dan Sara tu tak sampai hati nak bunuh mereka. Nampak sangat nilai kasih sayang persahabatan kat situ. 

Image result for freya the huntsman
 Inilah Si Freya tu :D

 Image result for ERIC DAN SARA  HUNTSMAN
 Memperkenalkan Eric & Sara the loving couple

Detail Cast dan Crew Film The Huntsman Winter's War (2016)

Genre : Action, Adventure, Drama
Pengarah : Cedric Nicolas-Troyan
Penulis Skrip : Evan Spiliotopoulos, Craig Mazin

Watak Film The Huntsman Winters War :
  1. Jessica Chastain sebagai (Sara)
  2. Chris Hemsworth sebagai (The Huntsman)
  3. Emily Blunt sebagai (Freya)
  4. Charlize Theron sebagai (William)
  5. Sam Claflin sebagai (Ravenna)
  6. Sheridan Smith sebagai (Pippa)
  7. Sophie Cookson sebagai (Duke of Blackwood )
Overall aku bagi cerita ni 9/10 ! Series memang best dan korang kena tengok. Aku pon rasa nak repeat tengok. Tapi tunggu keluar kat Astro first lah. HEHE Dah tengok jangan lupe share kat sini :) Ok so setakat ini saja entry aku berkaitan The Huntsman ni. Nanti sambung review cerita lain pulak :p

Sumber info : sini

3 comments

  1. wahhh bestnyaa kak dah tgk.. hehe.. kite tak tgk lg

    ReplyDelete
  2. Hehehe best yunk cter ni.. Kena p tgk tau 😝 nanti dah tengok boleh la share juga 👯

    ReplyDelete

Thanks for reading deariers!