Wednesday, 13 April 2016

Sharing : Kebaikan Green Tea

Assalamualaikum and Hye! 

Hari ni aku nak share sikit pasal Green Tea. Tak tau lah kenapa dua tiga menjak ni aku craving sangat Green Tea! Dulu memang aku tak suka. Try kawan punya sikit hish tak sedap lah. Bau pon tak nak. Bau macam rumput gittew. HAHA  Macam benci sangat kat Green Tea ni. Haha Sekarang tak tau kenapa jadi faveret pulak. Pegi mall jer nak pegi Sushi King. Nak Green Tea kat situ.
Haaaa ini dia hasil memburu green tea di Sushi King. "Green Tea Icecream with red bean" kot nama dia. Aku pon lupa dah. hehe

 Made in pasar malam. Sedap sangat! Sekarang ni aku dah ketagih dah..hehe

Aku bersama Green Tea ku :p

Tapi bila asyik minum jer tetiba nafsu nak tau kebaikan or khasiat Green Tea ni membuak-buak pulak. Jadi aku pon mulakanlah ekpidisi mencari khasiat tentang Green Tea ni. Ramai jugak blogger-blogger buat review pasal Green Tea ni antaranya blog akak Azhafizah ni. Aku cedok info dari blog dia. Rupanya banyak kebaikan Green Tea ni. So why not aku share dengan korang kan?

Khasiat/ kebaikan Minuman Teh Hijau @ Green Tea

1. Berat Badan

Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes

Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung

Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser

Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5. Kolesterol

Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6. Alzheimer dan Parkinson

Teh hijau dikatakan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi

Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8. Tekanan darah

Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan

Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria

‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit

Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Sumber: Lifehack.org


Haa..so bila dah tau khasiat Green Tea ni korang macam mana? suka tak? Cer share sikit :D

Thanks for reading alls! 



5 comments:

  1. Best green tea ni... I did try macha Tea masa travel dulu..taste soo good and paling best minum ke makan ke boleh detox...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? zira tak pernah try lg macha Tea.. hihi lepas ni boleh la try. waa boleh detox sekali tu :D nanti boleh la Milo share about macha Tea ye :)

      Delete
    2. Yes the best way to drink tanpa gula sebab kalau add in sugar dah hilang dia punya benefit... Dulu millo pernah amalkan before tido dan awal pagi...alhamdulillah senang nak melabur hehehe

      Delete
    3. ye ke? boleh kurus lah macam ni..ala nak try nak try :D

      Macha tea ni macam green tea jugak kan? hehe tapi kalau x add on sugar tak rasa bitter ke milo? hehe

      Delete

Thanks for reading deariers! Sila tinggalkan komen anda. SATU pon jadilah.. haha

Segala bentuk komen yang berunsur lucah, negatif akan di ambil tindakan segera.

Sparkly Santa Hat Ice Cream
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI