MR D.I.Y (Pembukaan cawangan baru di Balok Kuantan)

Assalamualaikum dan Hye! 

Harap anda semua sihat dan gembira ^_^.
 Ok kali ni aku nak share pasal satu vendor yang sememangya sangat lah dikenali oleh semua rakyat di muka bumi ini. Hehehe Sape yang tak tahu kan MR DIY ni.. Satu vendor yang bagi aku menyediakan semua keperluan kita semua. MR DIY yang stand for "Do It Yourself" ni sangat lah glamour dengan taglinenye "Always Low Price".

Cawangan baru MR DIY yang ke 193 telah di buka di Balok Darat, Kuantan berdekatan dengan kompleks kedai di Balok. So senang lah ye lepasni tak perlu lagi ke bandar. Hehe so sempena pembukaan cawangan baru ni MR DIY telah membuat Give away 1000 FREE umbrella tau! Berungtung lah siapa yang dapat tu. Hehe Aku tak sempat nak grab sebab asyik tak sempat nak singgah walaupon MR DIY ni hanyalah sekankang kera dari rumah. Hehehe Jangan terkejut!

Akibat daripada rumah sekankang kera je dengan MR DIY ni jadi probability untuk aku menahan nafsu itu sangat lahhh tipis. So balik kerja tadi terus aku singgah walaupon tak ada pon barang nak beli(Takziah untuk diri yang tak mampu nak menahan nafsu). Haha walaupun tak de barang nak beli tapi bila dah pegi nak bayar tu sebakul jugak merasa! Hahaha 

Ok tak nak bebel panjang. Back to the topic, ini antara yang dapat aku share pasal MR DIY ni : 

LOVE 
-Dekorasi kedai yang sangat menarik. Warna dia memikat hati gittew 
-One step centre ( Semua barang ada kat sini) 
-Harga berpatutan sesuai dengan tagline
-Kualiti barang sesuai dengan harga 
-Suasana yang bersih dan sejuk
-Ruang yang selesa. 
-Produk banyak pilihan 

PRODUK 
-Personal care
-Hardware 
-Gift
-Home Deco
-Stationaries
-Storage 
**dan banyakkkk lagi.. Hehe 


Ni antara yang sempat aku snap petang tadi.. Hehe
 Ruangan baked. Semua ada kan? Tak perlu lagi nak pegi tempat lain.. Jimat masa di situ. Hehe

 Luas kan? Tingkat atas. 

Ruangan barangan plastik.

Lenguh jugak berjalan bawak bakul :p

Nak beli ke tak? Nak beli ke tak? Sebab minggu lepas baru je beli storage macam ni 2! Hahaha 

So itu saja dapat aku share pasal cawangan baru MR DIY ni.. Hehe moh semua ramai-ramai ajak mak  ayah pakcik makcik datang sini! 

Ok selamat bershopping semua. hehe :)

2 comments

  1. Yes! DIY memang terbaik! 👍 barang murah dan banyak barang. Rambang mata kalau pergi sini. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon dear.. duit pulak habis cepat :'( hahha sebab nampak semua murah kan? tapi bila banyak ya Ampun..hahahaha

      Delete

Thanks for reading deariers!