Review : Yusu Dimsum Makanan Ala China di Malaysia

Assalamualaikum and Hye! 

Happy weekend eberibadi ^_^ 
Kali ni aku nak cerita pasal makan, makan, makan, dan makan. Makan ape? Nama dia Yusu Dimsum. Kalau korang peminat tegar Jackie Chan ke, drama-drama China ke..memang kenal lah benda alah ni. Tapi dalam Runningman aku tengok ada jugak Yusu dimsum ni. Haha penah dengar dorang sebut makanan ni.Tetapi menurut owner Yusu Dimsum ni sebenarnya berasal dari China. Makanan China. So jangan lah nangis bucu katil kalo kite tak penah pegi Beijing pon. Hahaha Kat Malaysia ada.  Actually aku pon baru tahu yang Yusu Dimsum  ni berasal dari China.. Mati-mati ingat memang dari Korea kan. Dont worry memang Halalan Toyyiban ye :) Boleh nikmati tanpa rasa syubhah. 

So actually ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Yusu Dimsum ni dan pertama kali jugak lah merasanya! Hehehe Lepas balik kerja terus pecut ke sini (Sobs2..weekend pon kerja). Yusu Dimsum ni terletak kat Sungai Isap Damai,Kuantan. Aku dari Gebeng ambik masa 30minit jugak lah nak sampai sini. Kitorang sampai tu orang masih tak ramai lagi. Yelah baru bukak kan. Actually Yusu Dimsum ni macam antara salah satu vendor jugak lah sebab 'main' kedai dye Aki Food Court. Dalam Aki Food Court ni lah ada banyak-banyak gerai (macam berbelit je ayat aku.. Harap faham lah..hahaha) ok Antara gerai lain yang ada ialah Burgerak, Western, dan banyak lagi (aku dah lupe nama-nama lain. HAHAHA) Kecik-kecik tak nak makan kismis. Kan dah cepat lupa :p 



Okey ni masa mula-mula nak order. Haa macam tu lah gerainya. Hehe (Eksaited akak tu explain untuk aku yang banyak sangat tanya). Ok masa nak order dia akak bagi kita menu. So yang ada dalam menu tu je lah availabnye. Hehe Yusu Dimsum ni ala-ala Sushi jugak cuma dye lain sikit sebab dia masak by kukus.  Nampak kecik je tapi sangat padattt. Make sure perut kosong dulu baru datang. Kalau tak memang rugi lah :p



Okey ini antara menu-menunya. Kami order semua! Haha Tamak betol :p Tengok harga dia? Murah kan. Berbaloi sangat tau. Satu pot tu hanya RM3.70 sahaja. Tapi tapi tapi.. Kalau korang student akan dapat diskaun lagi. Aku tak dapat (sobs..sobs). Ok tapi ada jugak yang special. Kalau korang order lebih daripada 10 jenis akan dapat 1 FREE. Hehe Kami order 17 jenis then dapat 1 FREE.



Ini antara Yusu Dimsum kami! Hehe Nyumm Nyumm :D (nak upload gambar satu-satu rasa kemalasan tu menhampiri pulak..hehe). Itulah pot/bekas dia. Hehe comel sangat lah. Memang nampak lah ala China di situ. Hahaha Yang paling famous kat sini ialah Prawn Dampling. Memang sedap! Korang kena rasa baru tahu macam mana kesedapannya ituuuu.Heheh 


Nyumm.. Nyumm.. :D 



Mesti korang tertanya-tanya kan? Yusu Dimsum ni nak makan dengan ape? Dengan sos ke? Dengan kicap ke? Ke dengan wasabi macam sushi? Huhu Ok. Sabar aku cerita ( Bajet macam orang nak tau sangat citenye). Yusu Dimsum ni akan disertakan dengan 'perkara-perkara' seperti di atas. Antaranya ialah sos cili, sos pencicah lada (yang ni aku suka sebab sedap), kicap pekat, dan 'mint tea' sebagai complimentary drink (yang ni aku tak suka.. Hahaha sebab rasa dye pelik.Mungkin tak kena dengan tekak aku). Mungkin korang yang suka 'mint' boleh try. Ok nak makan Yusu Dimsum ni boleh lah cicah kesemua perkara ini. Hehe Sedap! Juga akan di bekalkan chopstick. Jangan nak berangan makan dengan sudu okey. Nama lagi ala Korea kena lah makan dengan chopstick :P (terkial-kial itu biasa..HAHAHA) 



So we are DONE! ni baru separuh.. Separuh lagi masih belum di habiskan. Tak mampu lagi gueee.. Haha Jujurly aku cakap Yusu Dimsum ni memang sedap. Aku bagi 5 bintang! Dan paling penting murah dan mengenyangkan perut. Hehehe 

So sape-sape nak rasa Yusu Dimsum ni boleh lah datang Kuantan. 


LOKASI
AKI FOOD COURT
(Belakang pencawang TNB)
Jalan Sungai Isap 4,
Park Sungai Isap 2,
25150 Kuantan.

WAKTU OPERASI
6.00pm-12.30am

HARGA 
RM3.70/type 

Korang boleh jugak Like page Yusu Dimsum FB dan follow instagram @yuyudimsum

Okey ini saja dapat aku share pasal Yusu Dimsum. Lain kali rasa nak pegi lagi. Hehe 

Thanks for reading dearies! Jumpa next entry pula :D


6 comments

  1. ooo haha.. seriusly baru tahu nama dia ni yusu dimsum.. pernah makan tapi tak pernah tahu un nama dia.. haha.. -.-
    boleh tahan juga harga dia eh.. menarik2..

    Jalan2 sini.. Jom baca,,

    Lajukan Load Blog ni Sekarang> article.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeke? makan kat mana tu? hehe die macam dampling gitu..sedap! hehe nanti cuba la kat kuantan ni.. :)

      Delete
  2. salam .. pasal url tu, awk kena log in dulu akaun nuffnang, delete blog url lama, letak yg baru. then baru save.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dear.. dah buat.. tapi kenapa x keluar simbol "i am nuffnang blogger ye' :( yang bulat tu

      Delete
  3. Alahaiii macam best jee kak 😱😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sgt yunk..hihi t datang kuantan boleh la cuba..huhu :D

      Delete

Thanks for reading deariers!