Thursday, 19 May 2016

Preview Ramadhan Dinner at Rocana Hotel 2016

 Assalamualaikum and Hye.

Semalam aku baru sahaja selesai attend satu event. Preview Ramadhan Dinner at Rocana Hotel. Rocana Hotel ni dekat area bandar Kuantan sahaja. Aku dari Gebeng around 20 minit je nak ke sana. Rezeki dapat jemputan untuk food tester kan. Biasalah musim nak dekat Ramadhan ni kebanyakan hotel akan buat event 'food tester' untuk tujuan mempromosi servis mereka. Jadi aku bawak lah encik tunang sebab limit untuk 2 person only kan. Sambil-sambil tu boleh lah dating sekali. Kahkahkah 

Ramai jugak lah yang datang event ini. Kebanyakannya HR dari company-company yang terkemuka dekat Kuantan ni. Tapi takde sorang pon HR yang aku kenal. Jadi krik-krik sikit lah. HAHAHA Aku pulak baru jer kerjanya. Masih kekok nak bergaul dengan orang-orang yang berpengalaman ni. Setakat bertukar name card camtu je lah. Hehe Ape pon Alhamdulillah rezeki makan free orang kata.

Apa yang aku boleh review:
  • Hall dan suasana yang ceria. Satu hall (function room no 3) boleh muat hingga 180 orang. 
  • Layanan yang baik dan superb. Rasanya semua hotel layanan memang terbaik. Hehe Kalau tak terbaik baik makan kat warung :p
  •  Masakan beraneka jenis dari masakan kampung hinggalah ke western. Sesuai lah kalau nak buat Annual Dinner or Majlis Berbuka Puasa.
  • Rasa? Rasa aku bagi 7/10 lah.
  • Harga berbaloi RM50/pax sesuai dengan rasanya lah. Tapi aku dapat makan freeee :D
  • Dessert paling best
Jom ushar gambar :D

 Murtabak dan pau 

 Bubur Lambuk

 Laksa pahang, kuew tiaw, dan mee goreng

 ABC dan ABJ

 Ulam-ulaman, kerabu dan kekacang.

 Pelbagai jenis ulam-ulaman

 Kurma dan Dessert

 Dessert

 Buah-buahan dan dessert

 Nasi beriayani

 Kambing golek dan kari

 Satar. Actually ada lagi pulut panggang dan otak-otak. Tak sempat snap gambar..hee 

Bahan-bahan laksa pahang. Sedap laksa ni. First time aku rasa.

Actually banyak lagi masakan lain, aku tak sempat nak snap pulak. Antara menu lain yang aku tak sempat nak snap sebab seronok sangat makan ialah : 
  • Gulai nangka
  • Ayam masak merah
  • Ikan bawal kicap
  • Gulai udang
  • Gulai (chili apa tah nama nya lupa dah)
  • Spageti
  • Pasta
  • Sup ekor
  • Rojak buah
  • Yong tau fu
  • Pelbagai jenis kerabu 
  • Pelbagai jenis minuman 
  • Pulut panggang
  • Otak-otak 
 Itu antara menu yang aku ingat lah. Hehe Ape pon i really enjoy the dinner. Thanks Rocana for the invitation!

Ualls share la pergi preview dinner kat mana okeh :)

Thanks for reading!

Monday, 16 May 2016

Sharing : Resipi Nasi Goreng Planta Simple!


Assalamualaikum and salam sayang!

 Hari ni aku nak share satu resipi paling simple dalam dunia bujang nih. Haha Nasi Goreng Planta! Sangat senang dan cepat. Probability aku ambil masa nak masak ni 15 minit je :p Boleh lah untuk makan 2 orang :)



Bahan-bahannya : 
  1. Planta - sesudu 
  2. Minyak masak 
  3. Garam 
  4. Serbuk perasa (aku pakai ajinomoto)
  5. Telur sebijik 
  6. Sayur campur
  7. Nasi putih  *di peroi
  8. Bawang merah 1 ulas  *ditumbuk
  9. Bawang putih 2 ulas *ditumbuk
  10. Cili - 2 tangkai *ditumbuk
  11. Sosej *dipotong



 Cara-caranya :
  1. Panas kan minyak. Masukkan planta. ( Di nasihatkan masukkan minyak sikit je sebab nanti planta akan jadi minyak jugak)
  2. Masukkan bahan yang di tumbuk dan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan sosej dan sayur campur. Kacau
  4. Masukkan telur. Kacau
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau
  6. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
  7. Siap! 
Taraaaaaa.. Cepat kan? hehe kalau yang nak lagi sedap boleh lah tambah pelbagai jenis lauk lagi. Hehe 

Selamat mencuba resipi yang tak seberapa ini. Khas untuk orang bujang je. Kahkah 


Saturday, 14 May 2016

Review Blog #Pemenang Segmen "Jom Tambah Followers"


 Assalamualaikum and Hye!

Alhamdulillah akhirnya ada masa jugak bukak blog dan tulis entry penting ni. Fuhh berhabuk blogku :'( *tiup blog sambil lap dahi*.  About 3 weeks jugak lah blog ini sunyi akibat kebizian diri aku tahap dewa. Haha Terima kasih kepada semua yang sudi singgah blogwalking di blog aku, tinggalkan jejak dan juga komen. Thanks a lot! I really appreciate. Nanti aku singgah blog korang ok.

Ok hari  ni aku nak buat entry yang sangatlah penting. Seperti yang aku janjikan hadiah kepada pemenang segmen yang aku anjurkan ada jugak blog review kan. So kali ni aku nak buat sedikit blog review mengenai ketiga-tiga pemenang yang aku pilih. Sory sangat sebab lama dah baru boleh buat blog review ni. :'( *susun jari mintak maaf..hehe* Actually pemenang yang aku pilih tu bukanlah menggunakan Random.Org tu. Aku pilih berdasarkan jawapan-jawapan yang sangat bernas yang dorang suggest untuk tambah followers dan benda tu aku praktikkan sampai lah sekarang. Hehe

Blog Review #Pemenang Pertama ( ierah sulaiman )

Juara untuk segmen aku ni merupakan seorang yang sangat manis orangnya. Nama di beri Munera Sulaiman ataupon di kenali sebagai ierah sulaiman ini sudah berblog sejak tahun 2013 lagi. Tak banyak yang aku tahu mengenai ierah ni sebenarnya *sorry*. Sebab bila nak tengok 'about' tak dapat pulak. Hehe Ape pon aku suka sangat tengok blog dia. Berlatarkan biru putih. Ala frozen gitu. Cantik! Ierah juga bukan lah sekadar blogger, tapi juga sudah mempunyai kerjaya dan juga berbisnes juga. Boleh visit blog beliau. Juga seorang yang meminati sukan extreme. Korang yang minat sukan extreme ni boleh lah kenal-kenal dengan beliau. Hehe So berbalik pada segmen aku hari tu, cadangan-cadangan yang ierah bagi ni sangat lah menarik perhatian aku. Senang nak follow pulak tu. Kat bawah ni aku sertakan sekali cadangan ierah bagi untuk tambah followers okey. Check it out!




Blog Review #Pemenang Kedua ( Rrai )

Pemenang kedua segmen aku ni merupakan seorang blogger yang semakin di kenali ramai. Senang dengan panggilan Rai blogger yang berasal dari Muar Johor ini semakin aktif dalam dunia perniagaan. Mana tak nya Rai ada bakat tersendiri dalam mendesignkan blog. Blog aku pon Rai yang design tau. hehe Cantikkan? Servis memang terbaik. Harga pulak sangat lah berpatutan. Dapat buat duit juga dengan design blog ni. Hehe Aku doakan semoga Rai menjadi Designer Blog yang berjaya suatu hari nanti. Tak tertumpu pada business design blog je, Rai juga ada menjalan kan business produk-produk kecantikan. Boleh singgah blog Rai kat Rrai. Rai juga merupakan seorang pelajar jurusan Undang-undang di sebuah kolej universiti. Sangat peramah dan cepat mesra orang nya. Antara cadangan bernas yang Rai bagi untuk tingkatkan followers anda! Moh praktis sama-sama :)



 Blog Review #Pemenang Ketiga ( Elsa )

Pemenang ketiga segmen aku ni masih seorang muda remaja. Berumur 20 tahun dan berasal daripada Rawang Selangor. Senang dengan panggilan elsa, pemilik blog yang berlatarkan warna biru ini sebenarnya mempunyai nama yang sangat cantik. Rasanya ramai masih tak tau nama penuh elsa kan. Ok aku review blog kali ni aku bagi sekali nama penuh. Hehe Harap Elsa tak kesah la ye :) Nama Elsa sebenar ialah Shaidatul Aireen Binti Tajul Arif. Nak details lagi boleh jenguk facebook beliau SHAIDATUL AIREEN. Elsa ni juga berblog sambil berniaga. Kalau anda nak shopping boleh visit IGshop theelsashoppe/theelsasweets. Juga sangat peramah dan mesra orang nya. Antara cadangan yang Elsa bagi untuk tingkatkan folowers aku akan list kan bawah ni. Sebabnya dengan tidak sengajanya dia dah terdelete entry tu :') haha Yang paling best Elsa sekarang tengah anjurkan segmen tau. Jom korang join ramai-ramai. Boleh *klik sini*
  • Follow dan followback
  • Rajin tinggalkan jejak dekat shoutbox
  • No harsh word
  • Tarik minat pembaca untuk baca entry dan penutup entry yang menarik contoh macam ajak diorang buat sekali. Contoh ayat "saya dah buat. Awak semua bila lagi?" "Korang macam mana pulak" "Komen yes kalau korang setuju!"
  • Sentiasa share motivasi dan tips
  • Semasa tinggalkan jejak, bubuh link latest entry kita
  • Sentiasa puji kecomelan dan kesmartan blog kawan-kawan
(sumber : whatapps elsa)

So setakat ini sahajalah entry aku hari ni sempena melaksanakan hadiah yang telah di janjikan. Banyak kan input-input yang korang boleh dapat. So tunggu apa lagi jom sama-sama kite praktiss yeay.. Selamat tambah followers uols ^_^

p/s: kalau ada cadangan lain nak tambah followers boleh komen kat bawah :) sama-sama kita share ilmu gitu :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI