Thursday, 19 May 2016

Preview Ramadhan Dinner at Rocana Hotel 2016

 Assalamualaikum and Hye.

Semalam aku baru sahaja selesai attend satu event. Preview Ramadhan Dinner at Rocana Hotel. Rocana Hotel ni dekat area bandar Kuantan sahaja. Aku dari Gebeng around 20 minit je nak ke sana. Rezeki dapat jemputan untuk food tester kan. Biasalah musim nak dekat Ramadhan ni kebanyakan hotel akan buat event 'food tester' untuk tujuan mempromosi servis mereka. Jadi aku bawak lah encik tunang sebab limit untuk 2 person only kan. Sambil-sambil tu boleh lah dating sekali. Kahkahkah 

Ramai jugak lah yang datang event ini. Kebanyakannya HR dari company-company yang terkemuka dekat Kuantan ni. Tapi takde sorang pon HR yang aku kenal. Jadi krik-krik sikit lah. HAHAHA Aku pulak baru jer kerjanya. Masih kekok nak bergaul dengan orang-orang yang berpengalaman ni. Setakat bertukar name card camtu je lah. Hehe Ape pon Alhamdulillah rezeki makan free orang kata.

Apa yang aku boleh review:
  • Hall dan suasana yang ceria. Satu hall (function room no 3) boleh muat hingga 180 orang. 
  • Layanan yang baik dan superb. Rasanya semua hotel layanan memang terbaik. Hehe Kalau tak terbaik baik makan kat warung :p
  •  Masakan beraneka jenis dari masakan kampung hinggalah ke western. Sesuai lah kalau nak buat Annual Dinner or Majlis Berbuka Puasa.
  • Rasa? Rasa aku bagi 7/10 lah.
  • Harga berbaloi RM50/pax sesuai dengan rasanya lah. Tapi aku dapat makan freeee :D
  • Dessert paling best
Jom ushar gambar :D

 Murtabak dan pau 

 Bubur Lambuk

 Laksa pahang, kuew tiaw, dan mee goreng

 ABC dan ABJ

 Ulam-ulaman, kerabu dan kekacang.

 Pelbagai jenis ulam-ulaman

 Kurma dan Dessert

 Dessert

 Buah-buahan dan dessert

 Nasi beriayani

 Kambing golek dan kari

 Satar. Actually ada lagi pulut panggang dan otak-otak. Tak sempat snap gambar..hee 

Bahan-bahan laksa pahang. Sedap laksa ni. First time aku rasa.

Actually banyak lagi masakan lain, aku tak sempat nak snap pulak. Antara menu lain yang aku tak sempat nak snap sebab seronok sangat makan ialah : 
  • Gulai nangka
  • Ayam masak merah
  • Ikan bawal kicap
  • Gulai udang
  • Gulai (chili apa tah nama nya lupa dah)
  • Spageti
  • Pasta
  • Sup ekor
  • Rojak buah
  • Yong tau fu
  • Pelbagai jenis kerabu 
  • Pelbagai jenis minuman 
  • Pulut panggang
  • Otak-otak 
 Itu antara menu yang aku ingat lah. Hehe Ape pon i really enjoy the dinner. Thanks Rocana for the invitation!

Ualls share la pergi preview dinner kat mana okeh :)

Thanks for reading!

1 comment:

  1. Bulan ramadhan penuh dengan ramadhan buffet. Banyak pilihan makanan ada. Best2!

    ReplyDelete

Thanks for reading deariers! Sila tinggalkan komen anda. SATU pon jadilah.. haha

Segala bentuk komen yang berunsur lucah, negatif akan di ambil tindakan segera.

Sparkly Santa Hat Ice Cream
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI