Tuesday, 21 June 2016

Resipi Kek Coklat Kukus Moist versi Azira Freesia (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum and Hye !

Sebulan menghilang sekarang menjelang..lalalala :D 
Berhabuk blogs iols. Jadi aku nak hilangkan habuk blog ini dengan share resipi sikit dengan korang. Hari tu aku ada up beberapa gambar kek coklat kukus moist dengan ig @azira_freesia. Dekat fb pon ada jugak. Jadi adalah yang bertanyakan resipi-resipinye. Ada jugak yang pm aku personal tanya. Tak usah malu tak usah segan cheq ceritaa naa. . Nak kata aku ni jenis pandai tahap Masterchef tak delah jugak. Cuma minat dan suka. kalau nak kahwin tu di kira pass lah kot (eksaited nau encik tunang puji melambung2) Resipi ni jugak aku cedok-cedok dari blog otai dan ku olah-olah menjadi resipi sendiri. hehe

So entry ni khas untuk korang yang tersayang!





[ RESIPI KEK COKLAT KUKUS MOIST] 

Bahan-bahan :

 Bahan A

1 cawan serbuk koko (tak kisah ye jenama ape pon) 
1 cawan gula pasir 
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat 

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder 

Bahan C

1 sudu teh esen vanilla 
3 biji telur 

Cara-caranya : 
  1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika
  2. Masukkan semua Bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati menggunakan api yag kecil. Sejukkan.
  3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Masukkan esen vanila sikit.
  4. Tuang Bahan A ke dalam mangkuk telur tadi sambil kacau hingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati (5 minit )
  6. Tapis adunan dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu majerin/planta (supaya kek tidak melekat bila angkat nanti)
  7. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. 

Cara membuat topping/ moist : 

1/2 cawan koko
2 sudu makan marjerin/planta
1/2 susu cair
1 cawan susu pekat 


Tips penting 
- Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. Nanti kek jadi bantat.
- Sapu marjerin/planta sekeliling/kesuluruhan loyang untuk mengelakkan kek melekat pada loyang apabila masak. Nanti tak cantik LOL.
- Tapis adunan supaya kek kelihatan smooth dan sedap di makan. hehe


Sekian entry pembukaan aku pada Ramadhan untuk tahun ini. Hehe Sorry tak ada gambar cara nak membuat satu-satu. Susah nak snap2 bila memask nih..hehe

SELAMAT MENCUBAAA.. !!




8 comments:

  1. Replies
    1. hehe cepat-cepat buat..pasti sedap!:D

      Delete
  2. sedapnyaaaaaa. craving pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cepat-cepat buat.. nantikan asyik craving pulak :p

      Delete
  3. sedapnya. nanti icha nak try buat la. icha done follow blog awak. follower ke #80. nanti lapang singgah follow blog icha pula ya http://ichazainifidelis.blogspot.my/ ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE tq dear. x menyesal tau cuba.. btw thanks follow. nanti zira follow back. TQ! :*

      Delete
  4. Replies
    1. Maaf Hani baru bukak blog :( dah terlepas ke nak join segmen hani

      Delete

Thanks for reading deariers! Sila tinggalkan komen anda. SATU pon jadilah.. haha

Segala bentuk komen yang berunsur lucah, negatif akan di ambil tindakan segera.

Sparkly Santa Hat Ice Cream
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI