JEMPUTAN UJIAN KHAS | PEGAWAI TADBIR N41

Assalamualaikum ^_^

Happy weekend reader dan selamat menyambut Hari Krismas aku ucapkan. (terskima pulak -_-)
Musim cuti ni mesti ramai yang balik kampung. Sebut pasal balik kampung I is saddddd lol :( sebab x jadi balik. Cuti bos dah approve, tiket dah beli. Baju dah nak kemas. Tapi perancangan Allah itu adalah baik.

Berbalik pada tajuk, Alhamdulillah dengan izinNYA pada 2 hari lalu gitu aku ada dapat jemputan UJIAN KHAS PEGAWAI TADBIR N41 daripada UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) pada 27 Disember 2012 ni. Aku terkejut jugak lah sebab rasanya dah lama mohon. Lupe dah. Aku mohon hari tu pon dah last day dah. Nak tutup dah application tu. Borang yang nak di pos pon tak sempat jadi aku mintak tolong abang gdex yang collect document kat ofis. Heeeee tapi bagi lah upah sikit.

Seriesly jujurly aku tak pernah hadiri apa-apa ujian yang beunsur formal macam ni. I mean interview govorment. Tapi setahu aku UMP ni separa gomen separa swasta. Tak pasti jugak nanti kena cek balik. Hehe Btw entry aku ni jugak bertujuan untuk share dan bertanya kalau ada sesiapa yang pernah hadiri ujian khas ni untuk share pengalaman anda kat sini. Aku takot :( plishhhh.. nanti aku listkan soalan aku :D

Ni antara ujian yang bakal aku tempuhi. Pray for me!

Modul Ujian 1 : Ujian Kesihatan
Modul Ujian 2 : Ujian Kecergasan (Beep test)
Modul Ujian 3 : Ujian Bahasa Inggeris (Reading & Writing)
Modul Ujian 4 : Aptitude Test
Modul Ujian 5 : Ujian Perbualan Bahasa Inggeris  

Jadi kat sini aku nak tanya beberapa soalan dan pendapat dari semua. Harap sudi share ye? Tenkiu :*

  1. Untuk ujian BI tu which is reading and writing tu ada contoh soalan tak yang boleh aku rujuk? Dah cari tapi tak jumpa. Banyak yang PTD punya. PTU xde sangat :( 
  2. Writing tu biasanya ape eh tajuk2 yang selalu keluar? isu semasa ke/about our country?
  3. Aptitude test ni macam soalan minat tu kan? ada tak contoh aptitude test ni? sebab aku google pon semua tak boleh nak bukak 
  4. Reading tu ada soalan IQ, Math, KBKK yang kena think out of the box tu ke? 
  5. Ujian perbualan tu biasa individual / by group? Biasa soalan ape akan di tanya ye. hehe
  6. Apa persediaan yang patut aku buat? Beep test tu stamina kena kuat kan?
  7. Apa buku yang di cadangkan aku untuk baca sebelum test ni? 
  8.  Ada tak akta-akta yang perlu hafal?
ermm setakat ni tu je la tengah bermain kat kepala sekarang. Hihi sebab xtau nak start preparation macam mana. Harap ada yang sudi bagi pendapat dan jawapan pada soalan-soalan aku itu. Btw sape yang dapat jemputan ujian khas ni pada tarikh dan tempat yang sama dengan aku say hai k! hehe 

Thank semua :) 

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Assalamualaikum dan Hye!


 


Mega Giveaway buat pertama kalinya by Blogger's Family dibuat atas persetujuan 30 blogger yang menjadi ahli. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama dan saling memberi pendapat untuk menaikkan lagi B'sF..

Walaupun tidak seberapa tetapi dengan kerjasama ahli, in shaa Allah akan berjalan lancar. Giveaway ini berjalan selama sebulan. Sebulan guys.. Tunggu apa lagi , cepat cepat join. Bukan mudah tau ahli B'sF nak sponsor. Zira pon salah seorang sponsor GA ni :) Semuanya ada hadiah yang menarik. Cash, topup dan lain lain. Takkan taknak join? Rugi kalau tak join. Ahli B'sF bukan mudah nak sponsor tau. Ini peluang untuk hampa grab !

Soo Good Luck! 

RESIPI RAMEN KOREA

Assalamualaikum and Hye!



Happy weekend uols. Happy happy happy boleh rehat boleh enjoy. Beruntung lah naa sapa yang tak kejaa hari ni. hmm I is jelessss! Jeless! haha *marah betol

Ok lah hari  ni nak share resipi maggi je. Biasalah bujang. Wahahaha :P Tapi bukan maggi biasa-biasa ye. Ingat I tak pandai masak ke hah. haha :p Maggi yang hot dekat Malaysia sekarang ni. SAMYANG RAMEN! Yang makan sampai keluaq ayaq mata tu haa yang tu lah. haha Resipi korea ni I cedok dari FB sorang sis ni. Tertarik nak share sebab suka makan maggi ni tapi tak mampu nak lawan tahap kepedasannya ituh yang mencapai 200%.

Jom tengok bahan-bahannya :D

Bahan Utama :

Haruslah 200g Maggi Samyang Ramen yang sudah direbus. Jangan buat maggi lain pulak! Ramen ni uols boleh beli dekat AEON Big bersepah ada haa.. tak silap satu paket besar tu ada 5 or something. RM23. Kalau beli satu je untuk makan sorang tuh RM8! hahaha

Bahan Kuah Ramen Korea :

  • 3 batang sawi hijau (potong-potong) 
  • 100g daging sukiyaki 
  • 2 ulas bawang putih (Cincang halus)
  • 1 sudu makan sos sambal 
  • 1 sudu makan kicap 
  • 1 sudu makan minyak ikan 
  • 1 sudu makan minyak bijan 
  • 1 sudu makan minyak goreng 
  • 1/4 sudu teh lada serbuk 
  • 1/2 sudu teh cili merah serbuk 
  • 1cm halia (haluskan)
  • 5 buah cabe rawit merah (haluskan)
  • 2 buah cabe merah besar (haluskan)
  • garam secukup rasa
  • 600ml pati ayam 
  • 1 sudu teh tepung meizena (larutkan dengan sedikit air)
Bahan pelengkap :
  • Telur rebus 
  • Cendawan 
  • Bawang perai yang dihiris halus
Cara Membuat :
  1. Tumis bumbu (perencah) dengan minyak goreng dan minyak goreng dan minyak bijan hingga harum 
  2. Masukkan daging sukiyaki kedalam rempah tumis, aduk hingga berubah warna
  3. Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan tepung meizena yang sudah dilarutkan dengan air. Tunggu hingga mendidih
  4. Masukkan Maggi Ramen ke dalam kuah, kacau.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.

Fuhhh.. I think its complicated lol. haha no just a little. haha But why not try new things right. Hehe Selamat mencuba uols :D 


Resipi Kek Coklat Kukus Moist versi Azira Freesia (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum and Hye !

Sebulan menghilang sekarang menjelang..lalalala :D 
Berhabuk blogs iols. Jadi aku nak hilangkan habuk blog ini dengan share resipi sikit dengan korang. Hari tu aku ada up beberapa gambar kek coklat kukus moist dengan ig @azira_freesia. Dekat fb pon ada jugak. Jadi adalah yang bertanyakan resipi-resipinye. Ada jugak yang pm aku personal tanya. Tak usah malu tak usah segan cheq ceritaa naa. . Nak kata aku ni jenis pandai tahap Masterchef tak delah jugak. Cuma minat dan suka. kalau nak kahwin tu di kira pass lah kot (eksaited nau encik tunang puji melambung2) Resipi ni jugak aku cedok-cedok dari blog otai dan ku olah-olah menjadi resipi sendiri. hehe

So entry ni khas untuk korang yang tersayang!





[ RESIPI KEK COKLAT KUKUS MOIST] 

Bahan-bahan :

 Bahan A

1 cawan serbuk koko (tak kisah ye jenama ape pon) 
1 cawan gula pasir 
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat 

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder 

Bahan C

1 sudu teh esen vanilla 
3 biji telur 

Cara-caranya : 
  1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika
  2. Masukkan semua Bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati menggunakan api yag kecil. Sejukkan.
  3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Masukkan esen vanila sikit.
  4. Tuang Bahan A ke dalam mangkuk telur tadi sambil kacau hingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati (5 minit )
  6. Tapis adunan dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu majerin/planta (supaya kek tidak melekat bila angkat nanti)
  7. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. 

Cara membuat topping/ moist : 

1/2 cawan koko
2 sudu makan marjerin/planta
1/2 susu cair
1 cawan susu pekat 


Tips penting 
- Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. Nanti kek jadi bantat.
- Sapu marjerin/planta sekeliling/kesuluruhan loyang untuk mengelakkan kek melekat pada loyang apabila masak. Nanti tak cantik LOL.
- Tapis adunan supaya kek kelihatan smooth dan sedap di makan. hehe


Sekian entry pembukaan aku pada Ramadhan untuk tahun ini. Hehe Sorry tak ada gambar cara nak membuat satu-satu. Susah nak snap2 bila memask nih..hehe

SELAMAT MENCUBAAA.. !!




Preview Ramadhan Dinner at Rocana Hotel 2016

 Assalamualaikum and Hye.

Semalam aku baru sahaja selesai attend satu event. Preview Ramadhan Dinner at Rocana Hotel. Rocana Hotel ni dekat area bandar Kuantan sahaja. Aku dari Gebeng around 20 minit je nak ke sana. Rezeki dapat jemputan untuk food tester kan. Biasalah musim nak dekat Ramadhan ni kebanyakan hotel akan buat event 'food tester' untuk tujuan mempromosi servis mereka. Jadi aku bawak lah encik tunang sebab limit untuk 2 person only kan. Sambil-sambil tu boleh lah dating sekali. Kahkahkah 

Ramai jugak lah yang datang event ini. Kebanyakannya HR dari company-company yang terkemuka dekat Kuantan ni. Tapi takde sorang pon HR yang aku kenal. Jadi krik-krik sikit lah. HAHAHA Aku pulak baru jer kerjanya. Masih kekok nak bergaul dengan orang-orang yang berpengalaman ni. Setakat bertukar name card camtu je lah. Hehe Ape pon Alhamdulillah rezeki makan free orang kata.

Apa yang aku boleh review:
  • Hall dan suasana yang ceria. Satu hall (function room no 3) boleh muat hingga 180 orang. 
  • Layanan yang baik dan superb. Rasanya semua hotel layanan memang terbaik. Hehe Kalau tak terbaik baik makan kat warung :p
  •  Masakan beraneka jenis dari masakan kampung hinggalah ke western. Sesuai lah kalau nak buat Annual Dinner or Majlis Berbuka Puasa.
  • Rasa? Rasa aku bagi 7/10 lah.
  • Harga berbaloi RM50/pax sesuai dengan rasanya lah. Tapi aku dapat makan freeee :D
  • Dessert paling best
Jom ushar gambar :D

 Murtabak dan pau 

 Bubur Lambuk

 Laksa pahang, kuew tiaw, dan mee goreng

 ABC dan ABJ

 Ulam-ulaman, kerabu dan kekacang.

 Pelbagai jenis ulam-ulaman

 Kurma dan Dessert

 Dessert

 Buah-buahan dan dessert

 Nasi beriayani

 Kambing golek dan kari

 Satar. Actually ada lagi pulut panggang dan otak-otak. Tak sempat snap gambar..hee 

Bahan-bahan laksa pahang. Sedap laksa ni. First time aku rasa.

Actually banyak lagi masakan lain, aku tak sempat nak snap pulak. Antara menu lain yang aku tak sempat nak snap sebab seronok sangat makan ialah : 
  • Gulai nangka
  • Ayam masak merah
  • Ikan bawal kicap
  • Gulai udang
  • Gulai (chili apa tah nama nya lupa dah)
  • Spageti
  • Pasta
  • Sup ekor
  • Rojak buah
  • Yong tau fu
  • Pelbagai jenis kerabu 
  • Pelbagai jenis minuman 
  • Pulut panggang
  • Otak-otak 
 Itu antara menu yang aku ingat lah. Hehe Ape pon i really enjoy the dinner. Thanks Rocana for the invitation!

Ualls share la pergi preview dinner kat mana okeh :)

Thanks for reading!

RESIPI NASI GORENG PLANTA SIMPLE!


Assalamualaikum and salam sayang!

 Hari ni aku nak share satu resipi paling simple dalam dunia bujang nih. Haha Nasi Goreng Planta! Sangat senang dan cepat. Probability aku ambil masa nak masak ni 15 minit je :p Boleh lah untuk makan 2 orang :)



Bahan-bahannya : 
  1. Planta - sesudu 
  2. Minyak masak 
  3. Garam 
  4. Serbuk perasa (aku pakai ajinomoto)
  5. Telur sebijik 
  6. Sayur campur
  7. Nasi putih  *di peroi
  8. Bawang merah 1 ulas  *ditumbuk
  9. Bawang putih 2 ulas *ditumbuk
  10. Cili - 2 tangkai *ditumbuk
  11. Sosej *dipotong



 Cara-caranya :
  1. Panas kan minyak. Masukkan planta. ( Di nasihatkan masukkan minyak sikit je sebab nanti planta akan jadi minyak jugak)
  2. Masukkan bahan yang di tumbuk dan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan sosej dan sayur campur. Kacau
  4. Masukkan telur. Kacau
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau
  6. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
  7. Siap! 
Taraaaaaa.. Cepat kan? hehe kalau yang nak lagi sedap boleh lah tambah pelbagai jenis lauk lagi. Hehe 

Selamat mencuba resipi yang tak seberapa ini. Khas untuk orang bujang je. Kahkah 


Review Blog #Pemenang Segmen "Jom Tambah Followers"


 Assalamualaikum and Hye!

Alhamdulillah akhirnya ada masa jugak bukak blog dan tulis entry penting ni. Fuhh berhabuk blogku :'( *tiup blog sambil lap dahi*.  About 3 weeks jugak lah blog ini sunyi akibat kebizian diri aku tahap dewa. Haha Terima kasih kepada semua yang sudi singgah blogwalking di blog aku, tinggalkan jejak dan juga komen. Thanks a lot! I really appreciate. Nanti aku singgah blog korang ok.

Ok hari  ni aku nak buat entry yang sangatlah penting. Seperti yang aku janjikan hadiah kepada pemenang segmen yang aku anjurkan ada jugak blog review kan. So kali ni aku nak buat sedikit blog review mengenai ketiga-tiga pemenang yang aku pilih. Sory sangat sebab lama dah baru boleh buat blog review ni. :'( *susun jari mintak maaf..hehe* Actually pemenang yang aku pilih tu bukanlah menggunakan Random.Org tu. Aku pilih berdasarkan jawapan-jawapan yang sangat bernas yang dorang suggest untuk tambah followers dan benda tu aku praktikkan sampai lah sekarang. Hehe

Blog Review #Pemenang Pertama ( ierah sulaiman )

Juara untuk segmen aku ni merupakan seorang yang sangat manis orangnya. Nama di beri Munera Sulaiman ataupon di kenali sebagai ierah sulaiman ini sudah berblog sejak tahun 2013 lagi. Tak banyak yang aku tahu mengenai ierah ni sebenarnya *sorry*. Sebab bila nak tengok 'about' tak dapat pulak. Hehe Ape pon aku suka sangat tengok blog dia. Berlatarkan biru putih. Ala frozen gitu. Cantik! Ierah juga bukan lah sekadar blogger, tapi juga sudah mempunyai kerjaya dan juga berbisnes juga. Boleh visit blog beliau. Juga seorang yang meminati sukan extreme. Korang yang minat sukan extreme ni boleh lah kenal-kenal dengan beliau. Hehe So berbalik pada segmen aku hari tu, cadangan-cadangan yang ierah bagi ni sangat lah menarik perhatian aku. Senang nak follow pulak tu. Kat bawah ni aku sertakan sekali cadangan ierah bagi untuk tambah followers okey. Check it out!




Blog Review #Pemenang Kedua ( Rrai )

Pemenang kedua segmen aku ni merupakan seorang blogger yang semakin di kenali ramai. Senang dengan panggilan Rai blogger yang berasal dari Muar Johor ini semakin aktif dalam dunia perniagaan. Mana tak nya Rai ada bakat tersendiri dalam mendesignkan blog. Blog aku pon Rai yang design tau. hehe Cantikkan? Servis memang terbaik. Harga pulak sangat lah berpatutan. Dapat buat duit juga dengan design blog ni. Hehe Aku doakan semoga Rai menjadi Designer Blog yang berjaya suatu hari nanti. Tak tertumpu pada business design blog je, Rai juga ada menjalan kan business produk-produk kecantikan. Boleh singgah blog Rai kat Rrai. Rai juga merupakan seorang pelajar jurusan Undang-undang di sebuah kolej universiti. Sangat peramah dan cepat mesra orang nya. Antara cadangan bernas yang Rai bagi untuk tingkatkan followers anda! Moh praktis sama-sama :)



 Blog Review #Pemenang Ketiga ( Elsa )

Pemenang ketiga segmen aku ni masih seorang muda remaja. Berumur 20 tahun dan berasal daripada Rawang Selangor. Senang dengan panggilan elsa, pemilik blog yang berlatarkan warna biru ini sebenarnya mempunyai nama yang sangat cantik. Rasanya ramai masih tak tau nama penuh elsa kan. Ok aku review blog kali ni aku bagi sekali nama penuh. Hehe Harap Elsa tak kesah la ye :) Nama Elsa sebenar ialah Shaidatul Aireen Binti Tajul Arif. Nak details lagi boleh jenguk facebook beliau SHAIDATUL AIREEN. Elsa ni juga berblog sambil berniaga. Kalau anda nak shopping boleh visit IGshop theelsashoppe/theelsasweets. Juga sangat peramah dan mesra orang nya. Antara cadangan yang Elsa bagi untuk tingkatkan folowers aku akan list kan bawah ni. Sebabnya dengan tidak sengajanya dia dah terdelete entry tu :') haha Yang paling best Elsa sekarang tengah anjurkan segmen tau. Jom korang join ramai-ramai. Boleh *klik sini*
  • Follow dan followback
  • Rajin tinggalkan jejak dekat shoutbox
  • No harsh word
  • Tarik minat pembaca untuk baca entry dan penutup entry yang menarik contoh macam ajak diorang buat sekali. Contoh ayat "saya dah buat. Awak semua bila lagi?" "Korang macam mana pulak" "Komen yes kalau korang setuju!"
  • Sentiasa share motivasi dan tips
  • Semasa tinggalkan jejak, bubuh link latest entry kita
  • Sentiasa puji kecomelan dan kesmartan blog kawan-kawan
(sumber : whatapps elsa)

So setakat ini sahajalah entry aku hari ni sempena melaksanakan hadiah yang telah di janjikan. Banyak kan input-input yang korang boleh dapat. So tunggu apa lagi jom sama-sama kite praktiss yeay.. Selamat tambah followers uols ^_^

p/s: kalau ada cadangan lain nak tambah followers boleh komen kat bawah :) sama-sama kita share ilmu gitu :)