Heels Tips Untuk Tampil Yakin & Selesa

Assalamualaikum dan Hye ^_^


Perempuan dan kasut berpisah tiada. Chewah mukaddimah :D Dalam banyak-banyak jenis kasut, Heels lah paling aku suka. Siap buat collection lagi. Aku sejak kecik lagi suka sangat dengan Heels. Bila pakai Heels aku rasa yakin dan gojes mojes githuw. Lebih-lebih lagi untuk orang yang kurang ketinggian macam aku ni. Tetapi tahukan anda para wanita lazimnya mengelak dari meggunakan kasut jenis heels untuk keluar shopping atau berjalan-jalan. Selalunya, wanita memakai heels untuk ke acara penting sahaja seperti majlis perkahwinan, acara khas dan semasa musim perayaan.

Jadi untuk mengetahui bagaimana untuk lebih selesa menggunakan heel shoes  pada bila masa sahaja, mari kita ikuti tips berikut!

1. Pilih saiz yang betul


Saiz kasut yang betul memainkan peranan yang penting untuk keselesaan optimum. Sekiranya kasut longgar atau lebih besar, kulit kaki mudah melecet. Jika kasut terlalu kecil dan sempit, aliran darah akan tersekat dan akan mudah rasa kurang selesa jika anda jenis sensitif, anda mungkin akan pitam! Bahaya juga kalau saiz kasut tak betul ya. Jadi pilih saiz kasut yang baik dan anda akan lebih selesa memakai kasut jenis tumit tinggi atau heels.

2. Perhatikan jenis tumit tinggi


Untuk memakai heels dengan lebih selesa, perhatikan jenis tumit. Pilih tumid jenis wedges atau platform sekiranya anda belum berpengalaman memakai kasut tumit tinggi. Ini kerana kasut jenis wedges atau platform mempunyai permukaan yang lebih luas untuk mengimbangi badan anda semasa berjalan. Cari heels shoes yang tumit jenis block juga lebih selamat daripada yang mempunyai tumit tinggi halus. Tumit tinggi halus lazimnya lebih sakit dipakai kerana kekurangan sokongan tumit.

3. Berlatih berjalan dengan betul

Kalau dah beli kasut heels atau tumit tinggi itu, rajin rajin la anda berlatih berjalan menggunakannya di rumah terlebih dahulu. Cara berjalan memakai kasut tumit tinggi ialah dengan mendahulukan tumit sebelum bahagian jari kaki. Satu lagi, cuba berjalan dengan perlahan, jangan tergesa-gesa kerana anda akan mudah terjatuh. Kalau tak latih diri menggunakan heels, nanti takut pula tak yakin dan anda akan rasa kurang selesa menggayakannya.

Ini sahaja tips memakai kasut heels dengan lebih selesa yang aku boleh kongsi dengan uols. Korang ada tips tersendiri tak? Jom kongsi kat sini :D