Dear Bachelor Degree Students!


Bachelor Degree Of Management (Policy and Social Environment) - University Malaysia Terengganu


Dear Bachelor Degree students,

Degree life ain't easy
It ain't a walk in a park
You will be challenged
by family members who are begging you to finish it
or by family members who have nothing better to do but compare you to your cousin
or your duapupu, tigapupu, sepuluhpupu in that matter

You will be challenged
by friends who will always be there by your side
by "friends" who will be there by your side (when you are valuabe)
by "friends" who will drive you insane, not cooperate, or even stab you in the back

You will be challenged
by strict lecturers
by insane deadlines
by Bloom 10 assessments!

You will be challenged
by the forever thinning wallet
by the constant cries of Sales
You may eat once a day
You may be forced to be less lavish

You may feel like breaking down
You may feel like pushing away the stuff on your desk
and "screw it, I'm done with this confetti (ref: HIMYM)"

That's normal

Always remember why is it that you are pursuing that annoying certificate. Yes, it is annoying. All the blood, sweat, tears and caffeine for that thick paper scroll, oversized robe and loose hat.

But let me tell you the ultimate joy
when you see your mother and your father smiling and so proud of you when you walk across the stage
when the Master Ceremony gloriously calls your name and your parents go "That's my baby!"
That feeling is by far one of the best moments of my life

Always remember what motivates you in taking that degree
Is it to help your parents one day? Then stand up and finish the damn thing!
Is it so that you can shove it down to your naysayers? Then stand up and finish the damn thing and PROVE THEM WRONG!

"But this course is not my choice? I HATE this course! I HATE learning. I just wanna earn money!"
Fine then
More the reason to stand up, finish the damn thing so that you can finally say "Good riddance"

Stand up
Rise
Be strong
The road is ending
You are almost there ;)



Credit : Zachariah Aidin Druckman

FINALLY GOOGLE ADSENSE DAH APPROVED!

Assalamualaikum! 



Alhamdulillah. Finally I punya google adsense ni dah approved! Kalau korang nak tau google adsense ni untuk letak iklan dekat blog. Dulu I pelik tau kenapa lah blog orang lain ada iklan-iklan live semua. Kenapa I punya takde apa-apa. Cetek sangat ilmu masa ni. Now rasa macam satu achivement buat blog bila lepas syarat dari google. Yelah kita ni blogger sendu je baru bertapak. Reader pon takde la sampai beratus ribu. Sob2!  Dulu I dah pernah apply sekali tapi tak dapat. Masa tu blog pakai template lama lagi. Entry pon tak banyak. I pon dah lama tak jenguk. Tak ambik kisah. hehe

But a few days ago, I dah rindu dekat blog. Rasa banyak sangat nak share, nak tulis. So I'm back. Lepas tu I tukar template, ejas itu ejas ini. Posting baru nak letak label. Buang apa yang rasa semak :p  Before this blog I punya baju so pinky cute2. haha Now I lebih suka konsep minimalis. Nampak matang sikit. Baca balik entry dulu pon adoi tergelak sendiri. Then tengok pageview masa tu dah pon above 50k. Tak sangka jugak sebenarnya sebab I dah lama tinggal blog ni. *sorry blog T.T  Dok godek-godek I try lah apply google adsense balik. Tanya 'Blogger Family' dekat group whatsapps. Then dorang kata kena tunggu sebab syarat google adsense ni ketat jugak nak approved. And what a suprised I apply 26th March, then 29th March dah dapat email dari google :) I'm sooo happy! terus whatsapps bagitau husband (ni pon nak bagitau :3) 


So now kalau korang bukak blog I dah pon ada live iklan. Jangan lupa klik ye! Tengok kat tepi belah kanan tu. Jangan la klik banyak kali just once je. So bila datang klik lagi hehe :) Sebab ia sentiasa bertukar-tukar. hehe Thanks gais! Appreciate. 



Taraaa.. Kat bawah pon ada. Hermo lagi. My favourite online shopping. So korang pon boleh main klik-klik sebab Hermo selalu buat sale :) 

Actually banyak lagi yang I kena improved dalam dunia ni. Banyak lagi nak kena gali. Skill menulis pon masih berterabur. I pon tengah mencuba untuk menulis entry-entry yang bagus untuk menarik minat reader. Nak earning pakai adsense ni pon susah. Tapi tiada apa yang mustahil kan :) usaha tangga kejayaan. 

So setakat ini sahaja perkongsian kegembiraan I untuk blog kesayangan ni. Kalau korang ada tips macam mana nak tingkatkan income adsense ni boleh share kat bawah ye. Really appreciate! :)


CARA PEMAKAIAN FOUNDATION UNTUK KULIT BERMINYAK | DRUGSTORED PRODUCT

Assalamualaikum and Hye! 



Malaysia | Rasanya semua wanita-wanita dah sedia maklum cuaca kat Malaysia ni macam mana. Haha and mostly of us have a oily skin. Mine is combination to oily. So penting untuk take noted cara pemakaian foundation yang betul untuk kulit berminyak supaya makeup kita tahan lama gittew. Kulit berminyak selalu membuatkan kita give up nak make up sebab selalunya selepas 1 atau 2 jam make up, confirm muka berlemuih. 

So ini antara tips yang boleh korang amalkan :

1. GUNAKAN WATER BASED MOISTURIZER


Banyak brand moisturizer water based yang ada dekat drugstored. Ni antara yang famous  I listkan. Neutrogena, Loreal, Safi Balqis, Hada Labo, Ginveria. But i'm only used Nature Republik aloe vera gel yang bekas besar tu. Tahan berbulan-bulan. So far its good for me. Brand The Face Shop pon ada aloevera gel ni. Resultnye my skin less oily. Makeup pon tahan lama :) 


2. PILIH FOUNDATION JENIS MATTE


Macam mana nak pilih? Senang je. Tengok kat botol foundation tu. Confirm ada tulis. Antara yang famous Maybelline Fit Me, Catrice, Revlon, Borjouis. My favourite ever is Maybelline Fit Me. Setakat ni I dah ada 3 kod. Ada yang tersalah beli kod sebab dia banyak sgt kod. Pening nak pilih. Haha. I'm gonna repurchase again and again. Tekstur memang matte. Tak berminyak dan senang blend. Coverage pon okey but takde la tahan sampai petang sebab dia akan oxidize. I use as a daily makeup :) 

3. GUNAKAN TRANSLUCENT LOOSE POWDER 

Tolong elakkan loose powder yang bagi glittery ataupun effect gemerlipan bak lampu raya tau. Kulit berminyak tak perlukan semua tu. Antara loose powder yang famous Silky Girl, Innisfree, Catrice, Simplysiti, Revlon. I pernah try brand Innisfree and Silky Girl. Yang ni pon favourite jugak sebab dia matte finish. Tapi tengok review Catrice punya lagi best. So tunggu habis yang ni dulu then I'll try the catrice one hehe

4. GUNAKAN PRIMER YANG BOLEH MENGAWAL MINYAK


Primer membantu supaya make up tahan lebih lama di muka. I used primer everyday kot, haha. So ini antara favourite I.  Maybelline Pore Eraser and Catrice Prime and Fine. Dua-dua sangat best bagi I sebab dia anti shine based gitu. Bila pakai pon tak rasa berat. Makeup memang tahan lebih lama sebab fungsi primer ni untuk lock kan makeup kita. Memang I rasa perbezaannya bila pakai or tak pakai. Hehe

So korang boleh dapatkan produk-produk yang I listkan dekat Watson / Guardian. Harga semua affordable :) Atau boleh juga beli online dekat website kat bawah ni. I pon selalu klik2 3 website ni :D 




Hope its will help! 

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Credit picture : Google
Credit point : Fb Izzaty Jamal

Vanity Mirror | My Wish list

Assalamualaikum! 

Vanity mirror | my wish list. Omaigad its has been a year I dok simpan gambar-gambar vanity mirror ni dengan harapan moga ianya menjadi satu kenyataan one day! Haha I selalu tengok kat fb banyak betul seller vanity mirror ni. Page-page pon banyak share pasal mirror ni. Mana tak tergugat iman haha. And I think semua perempuan mengimpikan ada vanity mirror sendiri. Ibarat syurga bagi wanita tambah-tambah kaki makeup macam aku :D Bila gambar-gambar ni lalu je kat wall fb, I will tag my husband! HAHA *mintak secara berhemah 

Yesterday masa I lalu dekat area East Cost Mall Kuantan, deretan kedai tu ternampak lah 1 kedai baru bukak. If I'm not mistaken nama kedai dia CHINTA ape tah haha Dalam tu seriously banyak vanity mirror yang lawa-lawa. All are white colour! Sooo lawaaaaa. Then di sebab kan I'm not wearing my spectacles so tak nampak nak tengok harga dia. 

Tanya la husband sambil terlompat tergedik-gedik haha 

" abg, cuba tengok harga berape tu" 

"RM449" 

Okey find. Boleh tahan harganya. But its worth I think. Ada rumah sendiri nanti nak beli! HAHA  Jom cuti mata tengok gambar. Moga one day its become reality hehe ^_^ Jom Aaminkan berjemaah haha

Laaawaaa omaigaddd :D

 Ni pon!


Sumber gambar : Facebook & Google 


Resipi Kek Kulus Coklat Moist | Versi Sukatan Cawan

RESIPI KEK KUKUS COKLAT MOIST |  Semalam buat kek ni and up kat story wasap & instagram, ramai pulek yang DM & PM. Hehe Jadi I share balik ye. Ni second time I share this recipe kat blog   (sory bahasa rojak tak reti sangat nak explain😂)

Bahan-Bahan :
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- Telur 2 bijik
- 1 cawan serbuk koko
- Sedikit esen vanila

So BLEND semua ni! Pakai blender biasa jer

Dalam bekas lain ayak :
- 1 3/4 cawan gandum. Nak guna 2 cawan blh jgk kot haha but i kurangkan sikit. Gebu!
- Sedikit baking powder
- Sedikit soda bikarbonat

Then :
- Tuang adunan yang di blend tadi dalam bekas gandum yg di ayak 👆🏻
- Kacau sampai sebati
- Tuang dalam loyang ( masa nak tuang dalam loyang I tapis sb nak bg betul2 moist takot ada yg x sebati kan, then sapu dulu butter kat loyang nanti kek x melekat bila siap)
- Wrap dgn aluminium foil
- Kukus selama 50 minit lbh kurang (kalau nak tau masak ke tak ambik lidi / garfu cucuk2- part ni husband seronok dok cucuk sebab gebu) Haha

Kejadiannya jadi macam ni. Sorry gambar x semenggah haha

Untuk moist :
- 1 cawan susu pekat
- 3 sudu serbuk koko
- 3 sudu minyak masak
- Sedikit susu cair
- Nak masuk butter sikit pon boleh
- Masak dgn api sederhana. Kena kacau takot nanti berketul

Bila kek siap tuang moist! Then siap! 

Taraaaa.. Gebu tau :p 

Menyelerakan :p

Hope this will help! Hehe Jom gemuk :D

P/s : zira guna periuk kukus letrik je. Loyang tu pulak pakai tupperware je sebab loyang mula2 tu tak muat.HAHA

HOW TO KNOW YOUR SKIN TYPES?

Assalamualaikum!


Penting untuk kita tak kira lelaki atau perempuan untuk kenali jenis kulit kita. I start concern about skin after I breakout because of one local product last year. Tak de lah teruk sangat but still breakout  after I stop the skincare. About 4++ months jugak lah nak recover all sekali dengan scars. I always tengok youtube, read journals, ambik tahu pasal skin, read blog, concern about ingredient, macam-macam, siap pergi klinik lagi but the doctor said " Alah sikit je" HAHA Gigih kan.

 So first of all before kita beli product, kena tahu dulu whats your skin type. Kang tersalah beli product tak ke rugi, membazir dan boleh buat breakout jugak tau. I pernah tersalah beli range product. I beli yang Vitamin E 'The Body Shop'. 

Bila sales girl tu tanya " dik jenis kulit macam mana ye? kering ke berminyak ke?"

Then I dengan selamba jawab " kering kak"

Tahap konfiden 100% pulak tu sebab on that time I really don't know what type I is. Hahaha. Betapa jahilnya dulu pasal skin. Sobs2. Then after 3++ weeks macam tu guna muka naik jerawat pasir yang kecik-kecik takde mata tu. Geram betol masa tu. Terus la stop lepas tu baru nak godek-godek cari ilmu pasal skin sebab baru sedar salah diri sendiri *lap dahi

So how to know your skin types?

SIMPLE STEPS JE! 
  1. Cleanse your face
  2. Lap muka bersih-bersih dengan tuala muka. Dap2 je taw!
  3. Biarkan muka about 1 hour tanpa pakai ape-ape like toner ke, moisturizer ke. Then ambik oil paper / tisu lekat kat muka. Tengok melekat kat area mana. Hee
RESULT :)

Oily Skin - Oily in a whole face. Oil paper tu melekat kat semua area face korang.

Combination Skin - Berminyak area T-zone only. Area pipi rahang feel normal or stretchy
Dry - Rasa kering, stretchy

Normal - Neither feel oily or stretchy

Sensitive Skin - Irritated. Rasa pedih-pedih


Boleh refer picture ni jugak :)

Then the result is : mine COMBINATION SKIN. Menangis tidak berlagu oi rugi duit beli Bodyshop hari tu hehe. Alhamdulillah dah selamat letgo dah skincare tu sebab I guna about 80% jer. Masa buat test ni I guna oil paper brand T3 tak silap. Murah sikit compare yang Biore tu. Haha Now dah tahu skin type senang la shopping skincare. Next entry I'm gonna share my daily skincare routine. Stay tune!

Hope this will helps! Jom cantik sama2 :p       

TIPS DAN PERCUTIAN KE PULAU REDANG (11-13/8/2017)

Assalamualaikum!

Kali ini I just nk throwback / sharing balik apa yang I post kat my fb Azira Freesia hari tu. hehe nak taip malas la pulak so korang boleh baca posting kat bawah ni yer. Posting ini menjadi viral kat fb baru2 ni :D Semoga bermanfaat! Maaf andai ada shortform semua tu hehe nama lagi amik entry kat fb kan haha

Ok lah di pendekkan cerita. Trip ni terjadi pon di sebab kan terpengaruh baca 1 posting sis tu mengenai pulau redang ni. Hehe Thanks! Memang Pulau Redang sangatlah cantik. Subhanallah (1 word i can describe)

Btw kami pergi bertiga dan memang ambik pakej :) PAKEJ! hehe

Pakej RM318 per pax include GST (3H2M)
  • Bilik aircond 3hari 2 malam
  • Breakfast 2
  • Lunch 2x
  • Hi-tea 2x
  • Dinner 1x dan BBQ 1x
  • Snorkeling 3x
  • Ferry pergi balik dr shahbandar jetty
Exclude :
  • snorkeling equipment RM20
  • marine park RM5
Dari Jetty Syahbandar ke Pulau Redang makan masa 1jam 35minit. Please prepare ubat mabuk laut pada yg x biasa tu sebab nanti akan naik 2x bot. First feri then kedua plk bot (besar jugak xtau pgl bot ape)

Kami stay kat Redang Lagoon. Biasa kalau muslim memang dorang akan suggest Redang Lagoon / Laguna sebab dua resort ni jer yg ada tukang masak melayu. Yg lain semua chinese. Malam2 dorang memang akan berparty. Redang lagoon ni chalet biasa je tapi sangat lah okey. Nyaman dan tenang je sebab tepi pantai je. Dalam 7 langkah dah sampai pantai. Best! Ada pondok dan buaian kt luar tu untuk rehat2. Bilik kami kat ats. Sb chalet ni 2 tingkat. Ada 3 katil bujang dan 1 bilik air. Sangat simple tapi berbaloi. Tv memang xde ye. Lagipon nanti akan xde masa pon nk tgk tv sebab dok main air je haha malam2 sejuk dan tenang je sebab dia kayu.

Pakej yg kami ambik bab makanan sumpah sedap dan banyak sampai tak tahu nak pilih mana 1. Heaven! Dari segala mak nenek lauk dan sayur semua ada. Terima kasih makcik2 masak untuk kami siang malam. Bbq dia paling win mmg best sbb dpt mkn ikan,sotong fresh.bakar sendiri dan ramai-ramai. Kami punye bbq masa malam first tu. Siap pekerja kat situ tolong bakarkan. Kebal betol tangan dorang. X pakai penyepit pon. Haha Lepas siap bakar tu mkn bawah pondok hadap pantai. Heaven berkali2! Lps makan blh santai2 atas buai. Ada yang tidur situ je xd org kacau haha buai banyak so jgn risau xkan berebut.

Review snorkeling :
Hari pertama - start pada pukul 2.30pm. Kami sampai dalam pukul 12++ macam tu sebab naik feri pukul 10.30am. Panat litlit so please prepare sunglasses dan topi ala2 retis kalau ada. So lps setel check in blh bayar terus untuk sewa snorkeling equipment kat reception. First day ni kami snorkeling kat open sea. Tp be careful dalam wei. oh btw sesiapa yang tak reti berenang (macam aku lah) jgn risau! Sebab abang2 pulau kat sana memang sgt baik dan membantu. Sepanjang snorkeling hari first tu aku memang bergayut kat pelampong abg pulau je then dia bawak kite slow2 jalan. Haha jadi sepanjang 3 hari kt sana memang abang pulau tu jadi cikgu renang kami hahaha masa snorkeling tu menyelam sikit memang nampak segala khazanah laut. Subhanallah cantik sgt .

Hari ke2 snorkeling jam 9.30am. Make sure jgn lambat nanti kena tinggal kat bot, hari ke2 ni plg best sb masa ni di bawak ke taman laut. Jauh jugak dari resort yg ni. Sampai je kat taman laut terkedu! Dari atas jeti tgk bawah dah nampak ikan2 dok berenang.macam2 jenis ikan. Air tersangatlah jernih. Subhanallah x blh ungkap dgn kata2! Ok sampai je taman laut kami di beri sedikit taklimat dan pesanan. Air ka sini cetek je kaki pon sampai. Masa kat sini blh lah fefeeling duyung giteww berenang2 bersama ikan. Jangan lupa bawak roti gardenia kosong tu. Bg ikan makan. Depa mmg akan dtg berduyun2 kat kite bila kite bg roti. Blh sentuh2 lagi. Rasa macam x percaya pon ada. Hehe coral sangat banyak! Dan semestinya sgt cantik. Untuk hari kedua ni snorkeling sesi petang start pukul 2.30pm. So jgn risau memang ada gap untuk solat, makan, rehat dan reapply sunblock.

❤️ TIPS PENTING ❤️

✔️ Bawak begpack! Kalau yg jenis waterproof lg okey. Sebab sampai sana trs jejak air. Jangan nak fefeeling bawak luggage akademi fantasia tu. Kesian bag kena heret atas pasir 😂 btw resort memang sediakan orang untuk angkut kita punya bag but better jangan bawaklah luggage tu. Mmg permulaan akan letak atas pasir jugak. Lg 1 sebab akan pindah feri.
✔️ Pakai selipar jepun/ getah dari rumah. Sbb kt sana sampai trs pijak air dan pasir. X perlu nak berheel2 bagai. Nanti kaki ayam jugak.
✔️ Subblock wajib bawak! Zira pakai yg sunplay 130++ tu. Blh cari dkt watson. Serius x burn pon ☺️ tapi kena rajin apply. Sesibptg tu apply lagi. Malam2 kalo rajin tepek la aloe vera gel tu supaya skin maintain tak burn hehe
✔️ Bawak air mineral masa snorkeling trip sebab haus + tertelan air masin! Haha
 ✔️Sunglass wajib bawak! ada topi lagi okey sebab panas litlit. Kesian mata😜
✔️ Bawak pakaian renang muslimah bg yg muslim dan mencukupi. Seluar track/ legging dan tshirt banyak2. Walaupon lps pakai blh jemur balik kat resort tapi aku tak selesa. Pada yang tak kesah blh pakai yg recycle.
✔️ Bawak toiletries sendiri (syampoo,shower,ubt gg, etc) sebab kat resort x disediakan. Yg ni pon penting sebab lepas mandi air laut jadi melekit2. Kat resort towel dan selimut je disediakan
✔️ Bawak makanan ringan sendiri sebab kt sana mahal 😂 incase kalau terlapar / mulut suka mengunyah (maggie cup, biskut, air kotak, jajan, etc) air mineral jangan lupa. Bawak je 1 btl besar then blh refill balik kat cafe tu. Btw kat sana ada je minimart ala2 7e tu incase klo korang mls nk bawak dari rumah la. Tapi harga dia berbeza skit lah. Macam hari tu kami beli maggie cup yg biasa tu RM3 satu. Hehe
✔️ Bawak waterproof bag untuk jaga keselamatan henfon anda. Kalau ada gopro blh bawak lagi best.rugi tak snap or ambik video ikan cantik2 dasar laut. Oh kat sana jugak blh sewa camera underwater tu. Masa kami pergi ada promo RM70 untuk 2 hari. Tapi kami sewa hari ke2 je RM50
✔️ Duit tak perlu bwk byk. Kami bawak sikit je untuk beli makanan ringan, air kelapa, eskrem, survenior. Haha Air kelapa dia fresh tapi xde ais RM10 sebijik kami share je 3 org. Keropok lekor 2btg singgit. Sedap jgk. Ptg2 mkn hadap laut. Nikmat!
✔️ Isi roti gardenia lam botol. Sebab nanti nk bg ikan mkn hbs lembikkkk haha so letak lam botol sng roti tu x kena air. Xd la cepat hbs
 ✔️ Jaga elok2 snorkeling equipment yang sewa RM20 tu. Jgn sesekali tinggal sebab kalau hilang kena bayar RM100

Bawah ni serba sedikit gambar percutian hari tu :)












Thank you! 








New Life Begin

Assalamualaikum ! 

Uhuks2! Berhabuk hehe masih tak terlambat kot untuk wish Happy New Year to all. HAHA i know i'm late lol. 2018. New life. New status. New alllll...Banyak nya rasa nak share.   

Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah di kurnia olehnya.   



15/12/2017 - Selamat menjadi seorang isteri kepada encik suami tercinta dengan sekali lafaz. Officially Puan :D 


 16/12/2017 - Majlis Resepsi 

17/2/2018 - Majlis Bertandang 

Semuanya masih terasa baru. Jika dulu semua sendiri kini berdua. I love husband! *gedik* :) 

Doakan kami berbahagia hingga syurga. 

Cash Giveaway by FarhanaJafri


Klik link bawah ni  untuk ke entry Giveaway : 


Jom serbu!