Resepi Ikan Siakap Masak Stim (Mudah & Cepat)

Assalamualaikum and Hye!



OK hari ini nak cerita pasal resepi. Hehe Rasanya semua orang suka kan makan ikan siakap ni. Tak terkecuali aku. Bab makan No 1. Bab masak no 2 :p Kalau pegi mana-mana restoran pon ikan siakap ni mesti ada especially kalau restoran tu yeng jenis seafood restaurant or Ala Thai restaurant. Tapi daripada makan di kedai, baik masak sendiri gittew. hehe Lebih jimat dan kualiti kebersihan 100% di percayai. :p So hari Ahad hari tu nak di jadikan cerita aku overnight lah rumah member since kena teman dia sebab husband dia outstation. So we decide nak masak sama-sama. Masak apa? IKAN SIAKAP MASAK STIM! wahh kelas kau jah :D Tapi seriesly aku cakap nak masak ikan siakap masak stim ni senang gilos. Rasanya kalau orang yang masuk setahun sekali ke dapur pon tau buat. (Nampak tak betapa mudah, cepat, dan tangkasnya resepi yang bakal aku share ni) ^_^



So bahan-bahannya ialah :
  1. Ikan siakap (Suka hati nak yang besar ke kecik)
  2. Bawang merah 3biji (ada sesetengah orang dia panggil bawang besar--bagi aku orang kelantan  panggil bawang merah :p) 
  3. Bawang putih 5 biji
  4. Cili 7 tangkai
  5. Halia 2cm
  6. Lengkuas 2cm
  7. Limau nipis 3 biji
  8. Limau kasturi 10 biji
  9. Serai 3 batang
  10. Daun ketumbar   

Cara-caranya ialah jeng-jeng :
 
  1. Potong halus kesemua bahan di atas termasuk halia dan lengkuas yang tak de dalam gambar :p Opss limau nipis dan limau kasturi jangan potong halus pulak..
  2.  
2. Lumurkan ikan siakap dengan garam (boleh add ajinomoto kalau suka)



3. Perah limau nipis untuk ambil airnya

4. Tuangkan bahan yang telah dipotong halus bersama air perahan limau.

5. Taraaa.. dah boleh kukus 
6. Kukus selama 20-30 minit. DONE!


Haaa..senangkan..Mudah dan cepat lagi.

Selamat mencuba guys! :D

2 comments

  1. Senang je . Siqah bab makan memang no 1, bab masak tak tahu no bape. Hii. Dah save link :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe thanks dear! Ala zira pon sama jgk sebenarnya.. Memang makan no 1. Hahaha nanti share la juga ye resipi yg senang2..hehe boleh la zira try plk 😋

      Delete

Thanks for reading deariers!