Assalamualaikum and salam sayang!
Hari ni aku nak share satu resipi paling simple dalam dunia bujang nih. Haha Nasi Goreng Planta! Sangat senang dan cepat. Probability aku ambil masa nak masak ni 15 minit je :p Boleh lah untuk makan 2 orang :)
Bahan-bahannya :
- Planta - sesudu
- Minyak masak
- Garam
- Serbuk perasa (aku pakai ajinomoto)
- Telur sebijik
- Sayur campur
- Nasi putih *di peroi
- Bawang merah 1 ulas *ditumbuk
- Bawang putih 2 ulas *ditumbuk
- Cili - 2 tangkai *ditumbuk
- Sosej *dipotong
Cara-caranya :
- Panas kan minyak. Masukkan planta. ( Di nasihatkan masukkan minyak sikit je sebab nanti planta akan jadi minyak jugak)
- Masukkan bahan yang di tumbuk dan tumis sehingga naik bau
- Masukkan sosej dan sayur campur. Kacau
- Masukkan telur. Kacau
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau
- Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
- Siap!
Taraaaaaa.. Cepat kan? hehe kalau yang nak lagi sedap boleh lah tambah pelbagai jenis lauk lagi. Hehe
Selamat mencuba resipi yang tak seberapa ini. Khas untuk orang bujang je. Kahkah
nampak simple tapi mesti sedap...huhu..terliur pulak tengok...
ReplyDeletehehek boleh cuba karmila.. tapi x adalah sedap sangat orang bujang je kan..tahu-tahu lah..hahaha :p
DeleteSedap nampak! Siqah suka makan nasi goreng!
ReplyDeletehihi main campak je ni siqah :D
DeleteNak cuba la.nampak sedap
ReplyDeletehehe sila2v:)
DeleteSedapnyer... Nnt nk try, tq sis share resepi
ReplyDeletemost wc dear :)
DeleteRingkas dan sedap. Sesuai untuk penggemar nasi goreng mcm saya :)
ReplyDeletehehe sama! yang penting cepat haha
DeleteNice
ReplyDelete