Showing posts with label Resipi. Show all posts

Resipi Kek Kulus Coklat Moist | Versi Sukatan Cawan

RESIPI KEK KUKUS COKLAT MOIST |  Semalam buat kek ni and up kat story wasap & instagram, ramai pulek yang DM & PM. Hehe Jadi I share balik ye. Ni second time I share this recipe kat blog   (sory bahasa rojak tak reti sangat nak explain😂)

Bahan-Bahan :
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- Telur 2 bijik
- 1 cawan serbuk koko
- Sedikit esen vanila

So BLEND semua ni! Pakai blender biasa jer

Dalam bekas lain ayak :
- 1 3/4 cawan gandum. Nak guna 2 cawan blh jgk kot haha but i kurangkan sikit. Gebu!
- Sedikit baking powder
- Sedikit soda bikarbonat

Then :
- Tuang adunan yang di blend tadi dalam bekas gandum yg di ayak 👆🏻
- Kacau sampai sebati
- Tuang dalam loyang ( masa nak tuang dalam loyang I tapis sb nak bg betul2 moist takot ada yg x sebati kan, then sapu dulu butter kat loyang nanti kek x melekat bila siap)
- Wrap dgn aluminium foil
- Kukus selama 50 minit lbh kurang (kalau nak tau masak ke tak ambik lidi / garfu cucuk2- part ni husband seronok dok cucuk sebab gebu) Haha

Kejadiannya jadi macam ni. Sorry gambar x semenggah haha

Untuk moist :
- 1 cawan susu pekat
- 3 sudu serbuk koko
- 3 sudu minyak masak
- Sedikit susu cair
- Nak masuk butter sikit pon boleh
- Masak dgn api sederhana. Kena kacau takot nanti berketul

Bila kek siap tuang moist! Then siap! 

Taraaaa.. Gebu tau :p 

Menyelerakan :p

Hope this will help! Hehe Jom gemuk :D

P/s : zira guna periuk kukus letrik je. Loyang tu pulak pakai tupperware je sebab loyang mula2 tu tak muat.HAHA

RESIPI RAMEN KOREA

Assalamualaikum and Hye!



Happy weekend uols. Happy happy happy boleh rehat boleh enjoy. Beruntung lah naa sapa yang tak kejaa hari ni. hmm I is jelessss! Jeless! haha *marah betol

Ok lah hari  ni nak share resipi maggi je. Biasalah bujang. Wahahaha :P Tapi bukan maggi biasa-biasa ye. Ingat I tak pandai masak ke hah. haha :p Maggi yang hot dekat Malaysia sekarang ni. SAMYANG RAMEN! Yang makan sampai keluaq ayaq mata tu haa yang tu lah. haha Resipi korea ni I cedok dari FB sorang sis ni. Tertarik nak share sebab suka makan maggi ni tapi tak mampu nak lawan tahap kepedasannya ituh yang mencapai 200%.

Jom tengok bahan-bahannya :D

Bahan Utama :

Haruslah 200g Maggi Samyang Ramen yang sudah direbus. Jangan buat maggi lain pulak! Ramen ni uols boleh beli dekat AEON Big bersepah ada haa.. tak silap satu paket besar tu ada 5 or something. RM23. Kalau beli satu je untuk makan sorang tuh RM8! hahaha

Bahan Kuah Ramen Korea :

  • 3 batang sawi hijau (potong-potong) 
  • 100g daging sukiyaki 
  • 2 ulas bawang putih (Cincang halus)
  • 1 sudu makan sos sambal 
  • 1 sudu makan kicap 
  • 1 sudu makan minyak ikan 
  • 1 sudu makan minyak bijan 
  • 1 sudu makan minyak goreng 
  • 1/4 sudu teh lada serbuk 
  • 1/2 sudu teh cili merah serbuk 
  • 1cm halia (haluskan)
  • 5 buah cabe rawit merah (haluskan)
  • 2 buah cabe merah besar (haluskan)
  • garam secukup rasa
  • 600ml pati ayam 
  • 1 sudu teh tepung meizena (larutkan dengan sedikit air)
Bahan pelengkap :
  • Telur rebus 
  • Cendawan 
  • Bawang perai yang dihiris halus
Cara Membuat :
  1. Tumis bumbu (perencah) dengan minyak goreng dan minyak goreng dan minyak bijan hingga harum 
  2. Masukkan daging sukiyaki kedalam rempah tumis, aduk hingga berubah warna
  3. Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan tepung meizena yang sudah dilarutkan dengan air. Tunggu hingga mendidih
  4. Masukkan Maggi Ramen ke dalam kuah, kacau.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.

Fuhhh.. I think its complicated lol. haha no just a little. haha But why not try new things right. Hehe Selamat mencuba uols :D 


Resipi Kek Coklat Kukus Moist versi Azira Freesia (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum and Hye !

Sebulan menghilang sekarang menjelang..lalalala :D 
Berhabuk blogs iols. Jadi aku nak hilangkan habuk blog ini dengan share resipi sikit dengan korang. Hari tu aku ada up beberapa gambar kek coklat kukus moist dengan ig @azira_freesia. Dekat fb pon ada jugak. Jadi adalah yang bertanyakan resipi-resipinye. Ada jugak yang pm aku personal tanya. Tak usah malu tak usah segan cheq ceritaa naa. . Nak kata aku ni jenis pandai tahap Masterchef tak delah jugak. Cuma minat dan suka. kalau nak kahwin tu di kira pass lah kot (eksaited nau encik tunang puji melambung2) Resipi ni jugak aku cedok-cedok dari blog otai dan ku olah-olah menjadi resipi sendiri. hehe

So entry ni khas untuk korang yang tersayang!





[ RESIPI KEK COKLAT KUKUS MOIST] 

Bahan-bahan :

 Bahan A

1 cawan serbuk koko (tak kisah ye jenama ape pon) 
1 cawan gula pasir 
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat 

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder 

Bahan C

1 sudu teh esen vanilla 
3 biji telur 

Cara-caranya : 
  1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika
  2. Masukkan semua Bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati menggunakan api yag kecil. Sejukkan.
  3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Masukkan esen vanila sikit.
  4. Tuang Bahan A ke dalam mangkuk telur tadi sambil kacau hingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati (5 minit )
  6. Tapis adunan dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu majerin/planta (supaya kek tidak melekat bila angkat nanti)
  7. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. 

Cara membuat topping/ moist : 

1/2 cawan koko
2 sudu makan marjerin/planta
1/2 susu cair
1 cawan susu pekat 


Tips penting 
- Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. Nanti kek jadi bantat.
- Sapu marjerin/planta sekeliling/kesuluruhan loyang untuk mengelakkan kek melekat pada loyang apabila masak. Nanti tak cantik LOL.
- Tapis adunan supaya kek kelihatan smooth dan sedap di makan. hehe


Sekian entry pembukaan aku pada Ramadhan untuk tahun ini. Hehe Sorry tak ada gambar cara nak membuat satu-satu. Susah nak snap2 bila memask nih..hehe

SELAMAT MENCUBAAA.. !!




RESIPI NASI GORENG PLANTA SIMPLE!


Assalamualaikum and salam sayang!

 Hari ni aku nak share satu resipi paling simple dalam dunia bujang nih. Haha Nasi Goreng Planta! Sangat senang dan cepat. Probability aku ambil masa nak masak ni 15 minit je :p Boleh lah untuk makan 2 orang :)



Bahan-bahannya : 
  1. Planta - sesudu 
  2. Minyak masak 
  3. Garam 
  4. Serbuk perasa (aku pakai ajinomoto)
  5. Telur sebijik 
  6. Sayur campur
  7. Nasi putih  *di peroi
  8. Bawang merah 1 ulas  *ditumbuk
  9. Bawang putih 2 ulas *ditumbuk
  10. Cili - 2 tangkai *ditumbuk
  11. Sosej *dipotong



 Cara-caranya :
  1. Panas kan minyak. Masukkan planta. ( Di nasihatkan masukkan minyak sikit je sebab nanti planta akan jadi minyak jugak)
  2. Masukkan bahan yang di tumbuk dan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan sosej dan sayur campur. Kacau
  4. Masukkan telur. Kacau
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau
  6. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
  7. Siap! 
Taraaaaaa.. Cepat kan? hehe kalau yang nak lagi sedap boleh lah tambah pelbagai jenis lauk lagi. Hehe 

Selamat mencuba resipi yang tak seberapa ini. Khas untuk orang bujang je. Kahkah 


Resepi Ikan Siakap Masak Stim (Mudah & Cepat)

Assalamualaikum and Hye!



OK hari ini nak cerita pasal resepi. Hehe Rasanya semua orang suka kan makan ikan siakap ni. Tak terkecuali aku. Bab makan No 1. Bab masak no 2 :p Kalau pegi mana-mana restoran pon ikan siakap ni mesti ada especially kalau restoran tu yeng jenis seafood restaurant or Ala Thai restaurant. Tapi daripada makan di kedai, baik masak sendiri gittew. hehe Lebih jimat dan kualiti kebersihan 100% di percayai. :p So hari Ahad hari tu nak di jadikan cerita aku overnight lah rumah member since kena teman dia sebab husband dia outstation. So we decide nak masak sama-sama. Masak apa? IKAN SIAKAP MASAK STIM! wahh kelas kau jah :D Tapi seriesly aku cakap nak masak ikan siakap masak stim ni senang gilos. Rasanya kalau orang yang masuk setahun sekali ke dapur pon tau buat. (Nampak tak betapa mudah, cepat, dan tangkasnya resepi yang bakal aku share ni) ^_^



So bahan-bahannya ialah :
  1. Ikan siakap (Suka hati nak yang besar ke kecik)
  2. Bawang merah 3biji (ada sesetengah orang dia panggil bawang besar--bagi aku orang kelantan  panggil bawang merah :p) 
  3. Bawang putih 5 biji
  4. Cili 7 tangkai
  5. Halia 2cm
  6. Lengkuas 2cm
  7. Limau nipis 3 biji
  8. Limau kasturi 10 biji
  9. Serai 3 batang
  10. Daun ketumbar   

Cara-caranya ialah jeng-jeng :
 
  1. Potong halus kesemua bahan di atas termasuk halia dan lengkuas yang tak de dalam gambar :p Opss limau nipis dan limau kasturi jangan potong halus pulak..
  2.  
2. Lumurkan ikan siakap dengan garam (boleh add ajinomoto kalau suka)



3. Perah limau nipis untuk ambil airnya

4. Tuangkan bahan yang telah dipotong halus bersama air perahan limau.

5. Taraaa.. dah boleh kukus 
6. Kukus selama 20-30 minit. DONE!


Haaa..senangkan..Mudah dan cepat lagi.

Selamat mencuba guys! :D