Showing posts with label Movie. Show all posts

Review Movie : The Huntsman Winter War 2016

Assalamualaikum and Hye!

Intro : Selekeh gitu la kalau namanya midnight movie :P

Hari ni aku nak review movie yang aku baru je aku tengok Sabtu yang lepas. Aku juga pernah review movie "The Jungle Book" a few weeks ago. Siapa tak baca lagi boleh baca kat *SINI
 Seperti biasa akan tengok kat GSC East Coast Mall Kuantan  ni.. hehe

Ruang yang luas dan selesa. Skrin pon memang best kalau pilih hall 1.

Sinopsis The Huntsman Winter's War (2016)

Film "The Huntsman Winters War" menceritakan tentang nasib The Huntsman (Chris Hemsworth) dan Sara (Chastain) yang telah terjebak dengan dalam sebuah hubungan percintaan yang berbahaya. Ratu jahat iaitu Ravenna (Theron) dianggap telah berhasil dikalahkan oleh pedang Snow White dalam diam memperhatikan bagaimana kakak perempuannya Freya (Blunt) harus menderita atas pengkhianatannya dan telah meninggalkan kerajaan mereka.

Freya mempunyai satu kemampuan iaitu dapat membekukan musuh-musuhnya. Kerana itulah dia digelar Ratu Ais. Freya telah menghabiskan masanya di sebuah istana musim dingin untuk membesarkan sebuah kelompok Huntsman. Termasuk Eric (Hemsworth) dan prajurit Sara (Chastain) hanya untuk mengejar penghargaan diri dan tentangan untuk terus berdemdam dengan rasa cinta.

Ketika Freya telah belajar dari kematian kakaknya, dia segera mengumpulkan tentara yang masih dimilikinya untuk membawa cermin sihir (Magic Mirror) sebagai satu-satunya yang tersisa untuk mendapatkan kekuatan darinya. Tetapi setelah dia menemukan bahawa Ravenna ternyata dapat dibangkitkan dari cermin sihir itu, Freya telah terancam dengan kekuatan kegelapan yang belum pernah ada.

Kesudahannya? korang kena lah tengok cerita ni. Hehe

Review Film The Huntsman Winter's War (2016)

Film The Huntsman Winters War merupakan sebuah filem yang ceritanya merupakan sambungan daripada Snow White and the Huntsman 2012. Tapi aku tak tengok pon yang 2012 tu. Haha Filem ini masih di bintangi oleh pelakon hollywood iaitu Chris Hemsworth sebagai bintang utama (pelakon yang paling aku minat..hehe). Bagi aku cerita ni sangat BEST! BEST! Dia punya view, jalan cerita, scene semua menarik.

Bab yang Freya (Ratu Ais) tu sebijik macam Frozen weh. Aku dah la jenis hantu Faitytale. Series istana dia, baju dia, semuaa cantik tau. So adorable tengok dia pon. Cantik banget! ^_^. Selain tu, cerita ni banyak sangat pengajaran. Pengajaran yang paling aku rasa sangat menikam kalbuku ialah "Selamanya kasih sayang tak kan pernah tewas dengan kekerasan". Wah ayat aku! HAHA Walaupon si Freya tu berusaha untuk mengeraskan hatinya dan berdendam dengan cinta dan sedaya upaya cuba pisahkan Eric dengan Sara, tapi cinta mereka tetap utuh. Ini harus di jadikan pengajaran. Hehe Freya pula walaupon luarannya penuh dengan dendam, tapi dia tak sampai hati nak bunuh si Revenna yang jahat tu. Kasih sayang antara adik beradik tu ada. Lain lah si Revenna tu memang kejam. Geram betul aku. 

Yang part orang kerdil pon ada. Lucu. nilai kerjasama dan persahabatan pon ada dalam cerita ni. Mereka semua kerjasama antara satu sama lain untuk dapatkan cermin sihir tu. Aku betul kagum. Tambah-tambah bila kawan Eric dan Sara tu tak sampai hati nak bunuh mereka. Nampak sangat nilai kasih sayang persahabatan kat situ. 

Image result for freya the huntsman
 Inilah Si Freya tu :D

 Image result for ERIC DAN SARA  HUNTSMAN
 Memperkenalkan Eric & Sara the loving couple

Detail Cast dan Crew Film The Huntsman Winter's War (2016)

Genre : Action, Adventure, Drama
Pengarah : Cedric Nicolas-Troyan
Penulis Skrip : Evan Spiliotopoulos, Craig Mazin

Watak Film The Huntsman Winters War :
  1. Jessica Chastain sebagai (Sara)
  2. Chris Hemsworth sebagai (The Huntsman)
  3. Emily Blunt sebagai (Freya)
  4. Charlize Theron sebagai (William)
  5. Sam Claflin sebagai (Ravenna)
  6. Sheridan Smith sebagai (Pippa)
  7. Sophie Cookson sebagai (Duke of Blackwood )
Overall aku bagi cerita ni 9/10 ! Series memang best dan korang kena tengok. Aku pon rasa nak repeat tengok. Tapi tunggu keluar kat Astro first lah. HEHE Dah tengok jangan lupe share kat sini :) Ok so setakat ini saja entry aku berkaitan The Huntsman ni. Nanti sambung review cerita lain pulak :p

Sumber info : sini

Review : The Jungle Book best ke tak?

Assalamualaikum and Hye! 

Alhamdulillah ter'publish' jugak lah entry ini. Sangat sibuk dengan aktiviti harian.  Chewaah..Bukak blog pon masa nak tido. Sempat lah berblogwalking sekejap dan tengok cbox.

Image result for the jungle book 
Weekend aku kali ni di habiskan dengan aktiviti yang berfaedah iaitu tengok wayang. Faedah sangat -_- Seperti biasa akan tengok wayang dekat GSC East Coast Mall Kuantan. Yelah nak tengok kat mana lagi. Kat Kuantan ni setahu aku ada dua je GSC. Dekat ECM dan Berjaya Megamall. Haha Sadis! 

"SINOPSIS THE JUNGLE BOOK"

The Jungle Book ni mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Mowgli di besarkan oleh 'golongan' binatang di hutan rimba. Alkisahnya sama je macam cerita Tarzan :p Ok Mowgli telah di besarkan oleh sekumpulan serigala yang di ketuai oleh Akela. The best part is bila aku geram betol tengok anak-anak serigala tu. Sumpah comel. Gray yang paling comel!Tunang aku tak habis-habis dok cakap "alahai omeynye..omeynye..geramnya.." Haish aku yang dok sebelah bukan main lawa taknak pulak puji. Kahkahkah 

OK sambung balik Ibu serigalalah yang membesarkan Mowgli daripada baby sampai lah besar.Tak de lah besar sangat dalam umur 9 tahun macamtu. Haha So jangan nak expect sangat Mowgli akan membesar jadi Tarzan yang seksi dan hensem ok.No! HAHA. 
Sebenarnya Mowgli di jumpai oleh Bageera (seekor kucing hitam yang besar. Tak tau nama binatang ni ape tapi tunang aku kata ni jaguar ni) kahkah. Suka hati. Bageera jumpa Mowgli di dalam sebuah gua dan bawa kepada sekumpulan serigala untuk menjaga Mowgli. Sebab serigala mampu melindungi Mowgli gittew. Suwit dan caring dia. 

Image result for the jungle book
Inilah Mowgli dan Bageera :D

Dan duduk lah Mowgli bersama kesayangannya di Hutan. Tapi pada suatu hari, musim kemarau timbul. Semua binatang-binatang harus mebuat 'pendamaian' untuk minum air di kawasan yang sama. Dan pada masa itu lah keluarnya watak antagonis iaitu Shera Khan. Shera Khan ini ialah seekor harimau yang gagah. Angkuh. Sombong dan pendendam. Shera Khan di macam Raja Rimba la dekat hutan ni. Semua binatang takot pada dia. Pffttt 


Image result for the jungle book SHERE KHAN
Inilah Shera Khan. Nampak tak muka dia macam adsa parut-parut kan? Haaa tu lah dia penyebab dia berdemdam sampai sekarang. Hoho

Dok tengah minum air tu Shera Khan bau anak manusia. Bau darah manusia. Dia memang berdendam dengan manusia sebab dia mengangap manusia lah penceroboh dunia mereka menggunakan "Bunga Merah" iaitu api. Shera Khan jugak lah yang bunuh ayah Mowgli. Dan parut yang ada pada muka Shera Khan ni ialah parut yang ayah Mowgli bakar. Sebab tu dia berdemdam sangat dengan manusia. Dan Shera Khan memang nak Mowgli mati! 

Dengan itu, Shera Khan mengarahkan Akela dan semua penghuni rimba menghalau Mowgli. Tapi sebenarnya dia nak bunuh Mowgli. So pada musim tengkujuh Akela terpaksa lepaskan Mowgli ke perkampungan manusia. Part ni memang sedih weh! Nak nangis aku. Haha Hati tisu kan :p  So Bageera lah yang hantar Mowgli. Tapi pada pertengahan jalan tu Shera Khan serang dorang dan Mowgli terpaksa lari sorang demi selamatkan diri. 

Masa Mowgli mengembara sorang untuk ke perkampungan manusia ni lah dia terjumpa Baloo. Seekor beruang yang besar dan pemalas. Haha Keje dia makan tido je. Heaven! Baloo lah yang telah selamatkan Mowgli daripada jadi makanan pada ular gergasi tu. So tinggal lah Mowgli bersama Baloo. Tempat dia cantik. Penuh dengan madu dan bunga. Rasa macam dalam dunia lain dah aku masa tu. Haha Tapi tak lama Mowgli bersama Baloo sebab Bageera datang. So nak tak nak memang dia kena ke perkampungan manusia. Kalau tak Shera Khan akan bunuh dia. Pada masa ini lah juga Mowgli tahu yang Shera Khan dah bunuh Akela dan Mowgli kembali ke rimba. Nak lawan Shera Khan. 


Image result for the jungle book
Ini Baloo. So cute :D

Image result for the jungle book
 Ni lah ular gergasi yang jahat tuh!

Dan berlakulah pertembungan yang dasyat. 

Last part? Korang kena lah tengok sendiri ye. Aku ni bukan setakat sinopsis dah ni. Hahaha 

MY REVIEW 

- Mula-mula cerita ni bagi aku agak membosankan jugak lah. Bukan bosan apa. Bosan sebab biasalah mula-mula Tarzan ni asyik berlari,melompat, bergayut, aauuuwww gitu lah. Haha Tapi lama-lama cerita ni memang best. 

- Bagi aku cerita ni banyak nilai. Nilai kasih sayang, nilai persahabatan, nilai kerjasama. Walaupun antara manusia dan binatang. Tapi aku dapat rasa kasih sayang tu macam kasih sayang sesama keluarga. Rapat. 

-Cerita ni jugak banyak pengajaran. Pengajaran kita sebagai manusia ni supaya pelihara hutan. Jaga hutan. Jaga habitat dorang. 

- Yang paling bestnye cerita ni lucu lah jugak! Haha kalau bawak anak-anak gerenti suka lah kan tengok binatang-binatang camni. Ada jugak scene nyanyi, gentar. Best lah! Yang part King Kong nyanyi paling win. Haha


Yeay DONE "Thr Jungle Book"

Belanja sikit :p

Overall aku bagi cerita ni 8/10 lah. Korang macam mana? 
Best tak cerita ni? Cer komen sikit :D