Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap

Assalamualaikum and Hye!
Siapa suka tengok cerita ni? Kalau siapa yang suka tu yeay hobi kita sama. Sejak citer ni keluar, balik keje je aku akan tercongok depan tv mengadap citer nih. hehe Jom tengok sinopsis dia :D

Ahli Mesyuarat Tingkap

Syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama komedi terbaru berjudul Ahli Mesyuarat Tingkap. Menampilkan gandingan tiga pelakon popular iaitu Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Al Hadad sebagai watak utama. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Azrel Ismail, Mia Ahmad, Lufya Omar, Idris Khan dan ramai lagi. Drama bersiri arahan Azman Yahya itu bakal memaparkan jalan cerita berbeza bagi setiap episod. Saksikan babak mencuit hati tiga sahabat dalam drama Ahli Mesyuarat Tingkap yang akan ditayangkan pada 23 Mac, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran TV3.

JUDUL : AHLI MESYUARAT TINGKAP (AMT)
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 March 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Sofia J.Rhyland
PENGARAH : Azman Yahya atau Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Izreen Azminda, Sherry Alhadad, Azrel Ismail, Kuna Muzani, Mia Ahmad, Lufya Omar, Nizam Rahman Dubmash, Lia Natalia, Idris Khan, Fizz Fairuz

WATAK PELAKON
Rita Rudaini sebagai Zai
Izreen Azminda sebagai Ju
Sherry Alhadad sebagai Ira
Azrel Ismail sebagai Azmel
Kuna Muzani sebagai Datin Bobo


SINOPSIS AHLI MESYUARAT TINGKAP
Mengisahkan tiga orang rakan baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang saling mengenali di bangku sekolah menengah lagi. Setelah dewasa dan berkerjaya mereka cuba menganjurkan majlis pertemuan semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan-rakan sekolah mereka. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap. Mana tidaknya, bukan sahaja pasal pencarian teman-teman lama mereka dibincangkan malah bahan gosip juga tidak kurang menjadi perhatian tiga sahabat wanita ini. Apa sahaja yang terlintas di hati mereka ada sahaja yang ingin dibualkan.

Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Sesuai dengan tagline mereka iaitu ‘Tak Over, Tak Sah’.

Setiap daripada mereka mempunyai kerenah masing-masing. Zaiti atau dipanggil Zai (Rita Rudaini) oleh rakan-rakannya merupakan peminat no.1 drama Melayu. Paling diminati Zai ialah hero slot Akasia, Saharul Ridzwan. Dia bercita-cita untuk berkahwin dengan hero kesayangannya itu. Malah apa sahaja majalah, poster atau surat khabar yang meletakkan gambar aktor itu, pasti Zai akan mendapatkannya. Namun sifat fanatiknya itu juga selalu merisaukan rakan-rakannya yang lain.

Ju (Izreen Azminda) pula seorang yang suka berterus terang dengan pendapatnya. Ju memiliki perniagaan butiknya yang tersendiri. Namun dia tidak suka dengan ‘trend’ selebriti Malaysia yang asyik menjual tudung. Baginya mereka tidak kreatif dan memberi persaingan kepada perniagaannya. Manakala Ira (Sherry Al-Hadad) adalah pakar pastri dan manisan. Malah dialah pembekal kek di kedai Datin Bobo (Kuna) di mana mereka sering menghabiskan masa bersama. Namun itu bukan satu sahaja sebab mereka ke sana. Sebab lain ialah Ju dan Ira telah jatuh hati dengan anak Datin Bobo, Azmel (Azrel Ismail).

Di dalam setiap episod, ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan teman-teman mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka.

Credit to SINI

Note* Tak sabar tunggu episod seterusnya :D  

2 comments

Thanks for reading deariers!