RESIPI KEK KUKUS COKLAT MOIST | Semalam buat kek ni and up kat story wasap & instagram, ramai pulek yang DM & PM. Hehe Jadi I share balik ye. Ni second time I share this recipe kat blog (sory bahasa rojak tak reti sangat nak explain😂)
Bahan-Bahan :
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- Telur 2 bijik
- 1 cawan serbuk koko
- Sedikit esen vanila
So BLEND semua ni! Pakai blender biasa jer
Dalam bekas lain ayak :
- 1 3/4 cawan gandum. Nak guna 2 cawan blh jgk kot haha but i kurangkan sikit. Gebu!
- Sedikit baking powder
- Sedikit soda bikarbonat
Then :
- Tuang adunan yang di blend tadi dalam bekas gandum yg di ayak 👆🏻
- Kacau sampai sebati
- Tuang dalam loyang ( masa nak tuang dalam loyang I tapis sb nak bg betul2 moist takot ada yg x sebati kan, then sapu dulu butter kat loyang nanti kek x melekat bila siap)
- Wrap dgn aluminium foil
- Kukus selama 50 minit lbh kurang (kalau nak tau masak ke tak ambik lidi / garfu cucuk2- part ni husband seronok dok cucuk sebab gebu) Haha
Kejadiannya jadi macam ni. Sorry gambar x semenggah haha
Untuk moist :
- 1 cawan susu pekat
- 3 sudu serbuk koko
- 3 sudu minyak masak
- Sedikit susu cair
- Nak masuk butter sikit pon boleh
- Masak dgn api sederhana. Kena kacau takot nanti berketul
Bila kek siap tuang moist! Then siap!
Taraaaa.. Gebu tau :p
Menyelerakan :p
Hope this will help! Hehe Jom gemuk :D
P/s : zira guna periuk kukus letrik je. Loyang tu pulak pakai tupperware je sebab loyang mula2 tu tak muat.HAHA
alahai melelehnyaaa.. moist sngt tngok! sedappp.
ReplyDeletehehe Alhamdulillah memang sedap! nanti Busyra boleh try buat :) husband bawak pergi keje laju je hbs haha
Deletesenangnya nak buat! Nanti nak try jugak lah :D
ReplyDeleteboleh bakar x?
ReplyDeletenice share..
ReplyDelete