TIPS DAN PERCUTIAN KE PULAU REDANG (11-13/8/2017)

Assalamualaikum!

Kali ini I just nk throwback / sharing balik apa yang I post kat my fb Azira Freesia hari tu. hehe nak taip malas la pulak so korang boleh baca posting kat bawah ni yer. Posting ini menjadi viral kat fb baru2 ni :D Semoga bermanfaat! Maaf andai ada shortform semua tu hehe nama lagi amik entry kat fb kan haha

Ok lah di pendekkan cerita. Trip ni terjadi pon di sebab kan terpengaruh baca 1 posting sis tu mengenai pulau redang ni. Hehe Thanks! Memang Pulau Redang sangatlah cantik. Subhanallah (1 word i can describe)

Btw kami pergi bertiga dan memang ambik pakej :) PAKEJ! hehe

Pakej RM318 per pax include GST (3H2M)
  • Bilik aircond 3hari 2 malam
  • Breakfast 2
  • Lunch 2x
  • Hi-tea 2x
  • Dinner 1x dan BBQ 1x
  • Snorkeling 3x
  • Ferry pergi balik dr shahbandar jetty
Exclude :
  • snorkeling equipment RM20
  • marine park RM5
Dari Jetty Syahbandar ke Pulau Redang makan masa 1jam 35minit. Please prepare ubat mabuk laut pada yg x biasa tu sebab nanti akan naik 2x bot. First feri then kedua plk bot (besar jugak xtau pgl bot ape)

Kami stay kat Redang Lagoon. Biasa kalau muslim memang dorang akan suggest Redang Lagoon / Laguna sebab dua resort ni jer yg ada tukang masak melayu. Yg lain semua chinese. Malam2 dorang memang akan berparty. Redang lagoon ni chalet biasa je tapi sangat lah okey. Nyaman dan tenang je sebab tepi pantai je. Dalam 7 langkah dah sampai pantai. Best! Ada pondok dan buaian kt luar tu untuk rehat2. Bilik kami kat ats. Sb chalet ni 2 tingkat. Ada 3 katil bujang dan 1 bilik air. Sangat simple tapi berbaloi. Tv memang xde ye. Lagipon nanti akan xde masa pon nk tgk tv sebab dok main air je haha malam2 sejuk dan tenang je sebab dia kayu.

Pakej yg kami ambik bab makanan sumpah sedap dan banyak sampai tak tahu nak pilih mana 1. Heaven! Dari segala mak nenek lauk dan sayur semua ada. Terima kasih makcik2 masak untuk kami siang malam. Bbq dia paling win mmg best sbb dpt mkn ikan,sotong fresh.bakar sendiri dan ramai-ramai. Kami punye bbq masa malam first tu. Siap pekerja kat situ tolong bakarkan. Kebal betol tangan dorang. X pakai penyepit pon. Haha Lepas siap bakar tu mkn bawah pondok hadap pantai. Heaven berkali2! Lps makan blh santai2 atas buai. Ada yang tidur situ je xd org kacau haha buai banyak so jgn risau xkan berebut.

Review snorkeling :
Hari pertama - start pada pukul 2.30pm. Kami sampai dalam pukul 12++ macam tu sebab naik feri pukul 10.30am. Panat litlit so please prepare sunglasses dan topi ala2 retis kalau ada. So lps setel check in blh bayar terus untuk sewa snorkeling equipment kat reception. First day ni kami snorkeling kat open sea. Tp be careful dalam wei. oh btw sesiapa yang tak reti berenang (macam aku lah) jgn risau! Sebab abang2 pulau kat sana memang sgt baik dan membantu. Sepanjang snorkeling hari first tu aku memang bergayut kat pelampong abg pulau je then dia bawak kite slow2 jalan. Haha jadi sepanjang 3 hari kt sana memang abang pulau tu jadi cikgu renang kami hahaha masa snorkeling tu menyelam sikit memang nampak segala khazanah laut. Subhanallah cantik sgt .

Hari ke2 snorkeling jam 9.30am. Make sure jgn lambat nanti kena tinggal kat bot, hari ke2 ni plg best sb masa ni di bawak ke taman laut. Jauh jugak dari resort yg ni. Sampai je kat taman laut terkedu! Dari atas jeti tgk bawah dah nampak ikan2 dok berenang.macam2 jenis ikan. Air tersangatlah jernih. Subhanallah x blh ungkap dgn kata2! Ok sampai je taman laut kami di beri sedikit taklimat dan pesanan. Air ka sini cetek je kaki pon sampai. Masa kat sini blh lah fefeeling duyung giteww berenang2 bersama ikan. Jangan lupa bawak roti gardenia kosong tu. Bg ikan makan. Depa mmg akan dtg berduyun2 kat kite bila kite bg roti. Blh sentuh2 lagi. Rasa macam x percaya pon ada. Hehe coral sangat banyak! Dan semestinya sgt cantik. Untuk hari kedua ni snorkeling sesi petang start pukul 2.30pm. So jgn risau memang ada gap untuk solat, makan, rehat dan reapply sunblock.

❤️ TIPS PENTING ❤️

✔️ Bawak begpack! Kalau yg jenis waterproof lg okey. Sebab sampai sana trs jejak air. Jangan nak fefeeling bawak luggage akademi fantasia tu. Kesian bag kena heret atas pasir πŸ˜‚ btw resort memang sediakan orang untuk angkut kita punya bag but better jangan bawaklah luggage tu. Mmg permulaan akan letak atas pasir jugak. Lg 1 sebab akan pindah feri.
✔️ Pakai selipar jepun/ getah dari rumah. Sbb kt sana sampai trs pijak air dan pasir. X perlu nak berheel2 bagai. Nanti kaki ayam jugak.
✔️ Subblock wajib bawak! Zira pakai yg sunplay 130++ tu. Blh cari dkt watson. Serius x burn pon ☺️ tapi kena rajin apply. Sesibptg tu apply lagi. Malam2 kalo rajin tepek la aloe vera gel tu supaya skin maintain tak burn hehe
✔️ Bawak air mineral masa snorkeling trip sebab haus + tertelan air masin! Haha
 ✔️Sunglass wajib bawak! ada topi lagi okey sebab panas litlit. Kesian mata😜
✔️ Bawak pakaian renang muslimah bg yg muslim dan mencukupi. Seluar track/ legging dan tshirt banyak2. Walaupon lps pakai blh jemur balik kat resort tapi aku tak selesa. Pada yang tak kesah blh pakai yg recycle.
✔️ Bawak toiletries sendiri (syampoo,shower,ubt gg, etc) sebab kat resort x disediakan. Yg ni pon penting sebab lepas mandi air laut jadi melekit2. Kat resort towel dan selimut je disediakan
✔️ Bawak makanan ringan sendiri sebab kt sana mahal πŸ˜‚ incase kalau terlapar / mulut suka mengunyah (maggie cup, biskut, air kotak, jajan, etc) air mineral jangan lupa. Bawak je 1 btl besar then blh refill balik kat cafe tu. Btw kat sana ada je minimart ala2 7e tu incase klo korang mls nk bawak dari rumah la. Tapi harga dia berbeza skit lah. Macam hari tu kami beli maggie cup yg biasa tu RM3 satu. Hehe
✔️ Bawak waterproof bag untuk jaga keselamatan henfon anda. Kalau ada gopro blh bawak lagi best.rugi tak snap or ambik video ikan cantik2 dasar laut. Oh kat sana jugak blh sewa camera underwater tu. Masa kami pergi ada promo RM70 untuk 2 hari. Tapi kami sewa hari ke2 je RM50
✔️ Duit tak perlu bwk byk. Kami bawak sikit je untuk beli makanan ringan, air kelapa, eskrem, survenior. Haha Air kelapa dia fresh tapi xde ais RM10 sebijik kami share je 3 org. Keropok lekor 2btg singgit. Sedap jgk. Ptg2 mkn hadap laut. Nikmat!
✔️ Isi roti gardenia lam botol. Sebab nanti nk bg ikan mkn hbs lembikkkk haha so letak lam botol sng roti tu x kena air. Xd la cepat hbs
 ✔️ Jaga elok2 snorkeling equipment yang sewa RM20 tu. Jgn sesekali tinggal sebab kalau hilang kena bayar RM100

Bawah ni serba sedikit gambar percutian hari tu :)












So anyone yang berminat mengenai pakej ni boleh contact zira :)

CONTACT NO/ WASUP : 013-2762965








2 comments

  1. wah....bestnya...xpernah lagi jejak pulang redang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang best yunk. Rasa taknak balik jer huhu insyaAllah nanti munirah pon blh ke sana nanti 😊

      Delete

Thanks for reading deariers!