KRONOLOGI BERSALIN - PRECIOUS MOMENT

Assalamualaikum! 

 Cinta hati Mama & Papa :)

Alhamdulillah alaa kullihal.

Terlalu lama tak bukak blog dan tidak mencoret apa-apa. 

Alhamdulillah sudah bertiga. Allah bagi keizinan untuk menjadi seorang ibu. 
Merasa nikmat mengandung juga sakit bersalin. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya.

38 weeeks 5 days! 

RABU 19/12/2018

Pergi checkup monthly macam biasa. Pagi tu dah rasa perut mengeras tapi takde lah kerap sangat. Tak sakit pon. So ingat takde ape lah. Tapi mak asyik tanya je.

"Sakit tak long" berkali-kali tanya and I juz answer "dok" haha

Petang tu checkup bagitau nurse perut kerap mnegeras lah hari ni. Lepastu dia timing.

"Mengeras ni. Sakit tak? Ni Contraction ni" 

And me be like : Eh betol ke. Tak sakit pon nurse. Betul. 

"Takpe lah ciksah (nurse) cek jalan (bukaan) deh" 

So nurse pon check lah.  Dan tak sangkanya nurse bagitau

"nak dekat 2cm ni. Ni keluar lendir + darah. Nak beranak da ni dik oi. Kena hantar pergi hospital naik ambulan" 

Me : Eh eh tak nak lah. Masa ni terkejut pon ada. Takkan nak beranak dah kot. Hahaha

So 3.30pm macam tu naik lah ambulan. Sebelum tu request balik rumah dulu tukar baju proper sikit dengan kain batik.

Dalam ambulan tu terus call suami cakap nak bersalin dah. Suami dekat Kedah masih training Pegawai Kadet.

 05.00PM 

Sampai hospital, cek air kencing dan monitor ctg baby. Everything is okey. Doc cek bukaan 2cm. Dan masa tu pon ada lendir + darah. Sempat jugak tanya doctor boleh balik tak sebab tak sakit, haha. Sah2 kena balik dengan doctor tu.

"Awak dah nak beranak dah ni nak balik apanya"

HAHAHA

Pukul 6.00pm tolak masuk wad. Abah beli nasi + ayam bakar. Mak paksa makan nak suruh ada tenaga nanti. Tapi makan sikit je. Takde selera pulak bila tengok ibu-ibu ramai yang dok menhan sakit. Macam-macam ragam. Allahu berdebar dan takot rasa masa tu pikirkan nasib sendiri nanti macam mana. Dalam hati tak berhenti doa Nabi Yunus. Makan kurma + air zamzam banyak2 je masa ni sebab takde selera.

09.00PM

Doc request nak cek progress bukaan.

"3cm dah ni puan" 

Lepas Doc cek tu terus keluar darah. Pastu mak suruh pakai pad. Tak sakit lagi masa ni. Sambung la baring atas katil. Husband otw balik dah masa ni. Dok landing-landing tetiba rasa 'pop'! Habis basah katil. Mak terus lah panggil doc cakap anak dia ni dah pecah ketuban. haha lencun habis tilam hospital tu.

Doc pon cek "4cm dah puan. Saya cek labour room available tak" 

Eh. Masa ni pon tak sakit lagi. Haha Macam tak percaya lagi dah nak bersalin.

Alhamdulillah labour room tak available. Happy sebab just kena stay wad dan mak ada! Hehe Doc pasang ctg kat perut untuk monitor tahap contraction dan heartbeat baby.

10.30PM

Baru lah rasa sakit sekejap-kejap. Makin lama makin kerap. Masa sakit je genggam tangan mak. Terima kasih mak sebab selalu ada dengan kak long. Sayang mak dunia akhirat! Doa Nabi Yunus tak henti-henti. Bila dahaga minum air zamzam. Tu je penguat rasa masa tu.

12.00PM 

"Puan saya inject ubat tahan sakit ye. Sebab tengok pada ctg ni tinggi contraction"

"Kalau rasa nak meneran bagitau ye puan kite cek bukaan"

Angguk.

Eh lepas inject terus rasa pening. Menyesal! Hahaha Pening nak tido tak boleh.

KHAMIS 20/12/2018 - 12.45PM

Bagitau mak rasa macam nak ber*k. Haha Rasa nak teran. Mak cepat-cepat panggil nurse. Cek bukaan 8cm.

Apalagi kalut nurse. Haha terus tolak labour room. Punya la laju dia tolak. Nasib tak terlanggar pintu labour room haha. Sampai je LB memang rasa nak teran sangat dah. Terjadi dengan sendiri dia.

"Doc saya nak ber*k ni" panggil doc sebab tak nampak nurse je ada masa tu sebab baring mengiring.

"Nak ber*k, ber*k je" - nurse

Hahahaha Me pon onss lah!

Lepas tu cakap kat nurse lagi rasa nak teran sangat sebab tak tahan.

Pastu nurse cakap teran je lah sebab dah nampak kepala. Lalu I pon teran la. Haha Masa tu dengar lah sayup-sayup announcement panggil suami / waris.

01.06AM

Alhamdulillah. Setelah berperang lahirlah putera Mama dengan berat 2.6kg secara normal. Nurse je sambut. Tak menyempat huhu

The moment nurse letak baby kat dada Mama takkan Mama lupa sampai bila-bila. Sama-sama mengalirkan air mata gembira dengan opah :').

Syukur Alhamdulillah. Terus whatapss husband bagitau dah bersalin :') tak sempat dengan dia. Baby nak keluar cepat hehe

Syukur sangat-sangat Allah mudahkan semua urusan Mama walaupon tanpa Papa. Kesian Papa tak dapat teman Mama hee.

Terima kasih semua staff Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu :) Semuanya baik-baik. Semoga semua peroleh 1001 keberkatan dariNya. Aamin.

     Fresh from oven! Haha

First time jumpa Papa :) 

17 April 2019 - Lagi 3 hari putera Mama nak masuk 4 bulan dah. How time flies :)


Muhammad Zahran Azmil Bin Mohd Zaki! 
Semoga membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan bijak! 
Terima kasih Allah atas anugerah ini :) 

Sekian coretan Mama. Buat kenangan sepanjang zaman. 


4 comments

  1. wah dah ada baby,, comeyyyy... selamat berseronok dgn anak tersayang :D

    ReplyDelete
  2. ahahahha.. tak terasa eh? mmg dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Alhamdulillah di permudahkan..satu wad kecoh beranak mudah haha syukur sgt!

      Delete

Thanks for reading deariers!