Assalamualaikum & hai everyone!
Happy New Year 2020! Dah ada kereta terbang ke? ngeee :)
Semoga 2020 ini memberi lembaran baru buat kita semua. Dan juga semoga 2020 ini selalu ada entry yang bermanfaat untuk semua. Harap tidak berhabuk macam tahun-tahun yang lepas lah. Aamin *harus bagi semangat untuk diri sendiri.
Untuk first entry 2020 ni, aku nak share experience aku pergi ujian PAC. Kira step 2 lah untuk masuk ke dalam sektor kerajaan. Step 1 exam online hari tu. Bagi aku exam PPM ni lagi mudah dari exam PTD. PTD aku dah exam banyak kali masih tak lepas jugak. Alhamdulillah di antara 2500 calon salah seorangnya ialah aku.PAC aku kena pada 23 Januari 2020 hari tu. Ujian ni start pada 19hb lagi untuk semenanjung. Dan aku kena pada hari terakhir di PLPP Bangi!
Ini adalah contoh lampiran segala aktiviti yang bakal berlangsung pada hari tersebut. Aku print semua dan bawak untuk rujukan semasa pendaftaran.
So this is my kinda experience :)
Aku daftar by 7.45am lebih kurang. Pukul 7am aku dah keluar rumah dari Putrajaya (stay rumah ipar). Sampai je tengok dah ramai calon. Panjang beraturnya. Cuak jugak aku. Haha Daftar pon nombor badan dah running 143, so make sure you guys reached at the hall by 8.15am to be safe and jangan lupa ambik breakfast. Sebab takde break hour sampai lah untuk lunch. Dah dapat seat semua fasi akan bagi sedikit taklimat dan apa yang boleh kita buat dan juga tak boleh. Untuk sesi pagi pakaian kena formal ya dari atas sampai bawah. Penampilan pon ada markah juga.
Aktiviti pertama, tayangan video mengenai JKM. Part ni aku rasa part paling touching lah. I cry huhuhu Patut lah sebelum tu fasi ada pesan sediakan tisu. Once video ended, korang perlu jawab kajian minat dalam form fasi agihkan. Ada 31 soalan kena jawab dalam masa 5 minit je. Jawab dengan jujur okay, sebab panel akan tahu kalau kita tipu. Pesanan aku baca baik-baik soalan sebab ada yang terkeliru sikit. Sila bawa alat tulis yang lengkap ya.
Then fasi akan agihkan calon kepada beberapa kumpulan. One group lebih kurang 9-10 orang. Boleh semak nama pada kertas mengikut nombor kumpulan yang dorang tampal di tepi dewan. Dorang susun ikut nombor badan.
Ada fasi akan guide korang ke bilik pertama untuk slot pertama iaitu kajian kes, this one panel hanya duduk dan perhati je korang, so be wisely, be smart and be tolerated to each other. Untuk slot pertama panel group kami minta setiap orang untuk bercakap mengenai gambar yang diberi. Hanya gambar semata-mata dan korang kena ada idea, fakta untuk bercakap mengenai gambar tersebut. Untuk slot kedua kami buat discussion. Korang juga boleh decide how to handle slot tu, discussion ke, meeting ke, role play ke, etc everything as long as korang bercakap mengenai gmbar yang di beri panel. Bergantung juga pada panel. Panel kami dia yang decide untuk buat apa. Dia hanya akan mendengar dan mark markah korang. Aktiviti ni lebih kurang sejam setengah jugak. So bercakap dan ingat, be tolerated to each other. Delegates okay. All eyes on you. Huhu Tips untuk kajian kes, korang boleh study sikit mengenai kumpulan sasaran JKM, baca fakta dan teori yang berkaitan. Boleh juga kaitkan dengan isu semasa. Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan mengenai gambar yang diberi. So korang boleh bagi hujah korang yang tersendiri.
Before slot pertama start, fasi akan mintak cabut undi untuk tajuk public speaking, don't worry korang boleh do research okay, boleh tengok google tapi berpada-pada. Sejujurnya tak sempat nak buat research lagi masa ni. Korang boleh keep dulu dan fokus pada slot pertama dulu. After finished kajian kes, ada lebih kurang 15 minit untuk buat research for public speaking and jotted down important notes dan keep.
Abis slot pertama, fasi lain pulak akan take over group korang dan bawa korang ke room lain. Lain slot, lain fasi dan lain panel ya.
Aku punya tajuk 'How food can unite community'. Google cari point dan goreng je la. Pedulikan grammar terabur ke apa, dorang cuma nak tengok effort kita untuk bercakap dalam english. 4 minit je untuk PS ni tapi bila bercakap rasa lama jugak HAHA Yang penting bercakap point kena ada. Untuk slot ni, tips dia masa calon lain tengah bercakap, fokus kat dorang and help kalau ada yang tak terkeluar words tu. Ada markah tau. Ingat, all eyes on you! Haha So be professional. Untuk makesure everything well untuk PS ni, start korang boleh bagi introduction dulu, then bagi 2 / 3 point, bila bunyi loceng terus buat conclusion. Bila korang dah habis bercakap sebelum cukup 4 minit, panel akan tanya nak stop atau nak sambung point. Better korang sambung sebab nanti markah kurang. Btw, prefer jangan tengok notes ya, kalau tengok markah akan kurang. Sesi ni memang fully in english.
Lepas habis PS, lunch hour. We all stay in group. Makan together. Rehat 12.30-2.00pm. Lepas makan solat tukar baju sukan siap-siap. Yang mana boleh buat Jamak prefer buat Jamak sebab ramai orang dekat surau. Make sure to be at the hall latest by 1.50pm or 2.00pm. Manage your time accordingly. Kalau lambat fasi tak teragak-agak untuk halau korang balik. Dorang sangat strict about time okay.
Sebelum tukar baju sukan selfie dulu ;) My team mate. Semua hebat-hebat.
Aktiviti seterusnya potensi bakat, sesi petang sangat enjoyable, tips dia dengar arahan panel/fasi dengan betul. Stay in group. Untuk aktiviti ni, kami di beri 2 helai kertas majong, tali, dan 2 marker. Dan dikehendaki ikat semua tali di hujung marker dan tulis 10 perkataan yang fasi bagi. Hanya boleh pegang hujung tali sahaja.Tips dia, kat sini dorang nak tengok korang punya temwork and leadership. Be tolerated to each other. Panel akan sentiasa perhatikan korang dari belakang dan mark markah korang ikut nombor badan. So nombor badan haruslah sentiasa terpampang dan senang dilihat. Next dorang buat macam gerak kiri kanan by group. Yang ini korang kena fokus apa yang fasi akan cakap.
Next, aktiviti terakhir larian 2.4km. Sebelum larian, kami kena ragging. Haha Kena jumping jack more than 100x I think, lepas tu kena pumping. Berhuhu la semua.Next zumba pulak. Kat sini pon da habis berapa banyak tenaga dah. Sila bawak air ya. lepas je kena ragging dahaga sangat haha. So bermula larian, dorang akan lepaskan lelaki dulu. Untuk lelaki bawah 14minit, perempuan 17 minit. But don't worry guys, korang lari jer. As long as dapat habiskan larian, ada markah. Tapi kalau dapat habiskan larian within minutes yang dorang nak, dapat full marks. Untuk yang pregnant sila bawa buku pink ), untuk yang ada anak bawah 6 bulan juga x perlu lari sebab dikira masih under postnatal, yang ada masalah kesihatan boleh bagitau fasi kat belakang. Dorang akan asingkan korang nanti.
Dah habis larian, akan dapat air dan roti. Huhu berkumpul dekat dewan untuk buat cooling down, then boleh balik. Sebelum tu, boleh bergambar selfie dengan geng group dulu. Hehe
Last but not least, rezeki Allah Taala yang pegang. Aku doakan semua termasuk diri aku dimurahkan rezeki dalam apa jua bentuk.
No comments
Thanks for reading deariers!