TIPS BAWA BABY KE CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum & Hai!

ZAHRAN TAKES CAMERON!

He lovesss it!

Alhamdulillah untuk peluang dan rezeki membahagiakan mereka yang aku sayang. Permulaan percutian aku untuk tahun ini adalah ke Cameron Highland dalam Malaysia ajo! Haha Kalau dulu datang berdua sebagai honeymoon, kini aku datang bertiga. Achegittew. Tak lupa juga aku ajak sekali family aku memandangkan mak abah dah lama tak bercuti. 

Memandangkan ini adalah kali pertama aku bawak baby ke tempat yang agak sejuk, so preparation harus mantap! Haha So aku nak share beberapa tips yang aku rasa korang boleh ikut jika bawa baby ke Cameron Highland.

Aku sejenis details person. Semua benda nak list. Jadi 2/3 hari sebelum nak bercuti, aku dah siap list barang-barang yang perlu aku bawa, senarai baju-baju, senarai makanan, senarai keperluan lain. Aku list down dalam notes handphone saja. Zaman gajet kan. Takde kertas-kertas dah haha 

So ini antara tips yang aku senaraikan sebagai rujukan untuk korang berdasarkan pengalaman aku ibu muda yang firsttime bawak anak ke Cameron. Haha

1) PAKAIAN YANG MENCUKUPI

Aku bawa 2 bag untuk baby. Satu bag travel, satu bag galas. Beg galas ni kita akan bawa kemana-mana sepanjang nak berjalan kat situ. Bag travel boleh tinggal di hotel. So aku ringkas kan je kat bawah ni ya : 

Bag Travel - tak kisah bag macam mana pon. Aku guna bag yang agak besar brand Pureen tu. Apa yang aku letak : 
  • Tuala x 2 
  • Napkin x 5
  • Stokin x2
  • Cap x 1
  • Kasut x 1
  • Baju jalan lengan panjang x 3
  • Seluar jalan x 3
  • Baju jalan lengan pendek x 2 
  • Pyjamas lengan panjang x 3
  • Baju biasa (lengan pendek + seluar panjang) x 4
  • Diapers
  • Mandian,bedak.etc

2) BAWALAH BEG GALAS UNTUK KEMANA-MANA
Beg galas memang tak pernah tinggal untuk kemana-mana. Mummy diaper bag gitu. Kat shopee banyak jual. So apa yang aku isi dalam beg galas : 
  • Vacuum flask. Air panas kena sentiasa mencukupi terutama untuk baby yang fully susu formula
  • Air masak 
  • Susu - Isi dalam bekas kecik untuk travel. Dekat Eco Shop pon ada jual
  • Diapers
  • Baju dan seluar jalan spare - takot terberak/muntah/kotor boleh salin 
  • Pyjamas/baju harian spare - ini memang selalu ada dalam bag ni
  • Sweater
  • Stokin
  • Hand sanitizer - penting ya musim virus + aku selalu guna untuk lap meja makan atau babychair. Tak kisah orang nak cakap aku ibu-ibu dettol pon! Kesihatan anak penting. 
  • Bip - sangat berguna time nak makan kat kedai untuk mengelakkan baju kotor 
  • Botor air minuman - Zahran da pandai sedut botol minuman, jadi aku memang selalu isi air masak untuk dia dalam ni.
  • Biskut baby atau puff - yang ini penting juga. Dalam kereta mengadap jem tak bagi dia bosan atau lapar aku bagi snack dulu. Bukan jajan yang x berkhasiat tu ya. Zahran selalu makan cracker brand organic tu dan puff brand nestle.
  • Plastik - untuk bungkus pampers. Boleh beli di Eco Shop yang ada bauan wangi. Beradab sikit 
  • Tisu Basah 

Haaa gittew! Haha izinkan Mama untuk posing bersama diaper bag. 

3) BAWA UBAT-UBATAN 

Ini antara ubat-ubatan yang penting aku rasa perlu untuk bawak ketika travel. Mak ayah pon boleh guna sekali incase berlaku kejadian yang tak di ingini. Bila keadaan cuaca berubah ni agak mudah untuk kita atau anak-anak terkena demam atau selsema.
  • Ubat demam, ubat batuk, ubat selsema.
  • Koolfever
  • Minyak telon - ini banyak kegunaannya.
  • Minyak gamat
  • Minyak angin 
  • Pil Cikiteon
  • Balm / Vicks 
4) BAWA MAINAN 

Bawa mainan untuk mengelakkan anak bosan. Lagi-lagi bila stuck dengan jem. Dok dalam carseat lama-lama pon dia bosan. Tak perlu bawak sebakul cukup hanya satu atau dua. Sebab nanti bila pergi jalan-jalan, jumpa akan beli lagi. Anak tak mintak tapi mak ayah yang bersungguh. Macam aku :D 

Bak kata husband "rasa bersalah tak beli untuk anak". Walhal pergi pasar malam pon, ada jugak hasilnya untuk anak. Dan dia join main sekali. Haha 

5) BAWA BABY CARRIER

Bawa lah baby carrier berbanding stroller. Dengan keadaan yang agak sesak, payah untuk kita usung stroller ke sana ke mari. Tapi ada je tempat kat Cameron ni yang dibenarkan untuk bawa masuk stroller. 


Mujahadah sunguh nak boleh sampai ke atas sana. Haha 

6) RANCANG PERJALANAN 

Bila travel dengan baby ni, sangat penting untuk rancang perjalanan dengan baik. Bertolak lah seawal pagi jika tahu korang akan menempuh jem tambahan bila bercuti pada musim cuti umum. Rancang siap-siap untuk melawat ke tempat-tempat yang berkaitan supaya masa yang ada tidak habis dengan begitu saja.

7) BAWA PAYUNG LIPAT

Haaa ini pon penting. Aku bawak payung tapi tinggal dalam kereta. Nasihat aku bawak lah payung lipat dan letak dalam beg galas baby tu. Masa aku bercuti hari tu, malam dekat pasar malam brincang tu, hujan tetiba turun. Nasib lah berteduh bawah kanopi-kanopi.

8) BAKUL SERBAGUNA 

Bakul serbaguna ni aku isi keperluan-keperluan lain. Bakul ni tinggal dalam kereta je. Jadi apa yang aku letak dalam bakul favourite aku ni :
  • Susu spare 
  • Air kotak 
  • Snacking 
  • Berus dan pencuci botol susu 
  • Air mineral 
  • Buah 
9) ENJOY THE TRIP

Last but no least, enjoy the trip! Seronok bercuti dengan anak. Walaupon baby mungkin masih tidak tahu apa -apa, tapi kita as a parent boleh nampak keseronokan dorang tu. Hehe 


Alhamdulillah. Semoga ada rezeki untuk repeat lagi :) 
Ini sahaja tips yang boleh aku kongsikan. Semoga bermanfaat.

7 comments

  1. kalau diri sendiri pun bawa banyak barang, inikan lagi untuk baby. Sama lah memang sejenis details bawa semua. Sebab tu tak suka unplanned trips. Renyah.

    p/s : Sis nanti check semua blog report tu dekat bahagian tepi dashboard, ada tulis Stats. Klik je kat situ nanti keluar semua daily/weekly/monthly/all time :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kalau ada tertinggal lagi la boleh stress dibuatnya haha

      Thanks sis! appreciate hehe memang sendu HAHAHA Kasi tips pliss

      Delete
  2. Salam Azira.. done follow back #141.
    Sama la kita...nk pegi jalan2 kena ada list lengkap..tomei nye Zahran..

    ReplyDelete
  3. memang kena prepare betol brg2 baby kalo nak pergi jalan2 ni.. baby happy kita pun happy ^^

    ReplyDelete
  4. wah good sharing!!baby carrier tu memang keperluan bila travel!

    ReplyDelete
  5. baby carrier tu for me is one of the most important thing kalau ada baby. senang untuk dia dan untuk kita juga kann. dia tak merengek dan perjalanan trip pun jadi smooth muhehehe.

    jempuutt http://www.sayidahnapisah.com/2020/02/nak-rombak-bloglist-siapa-nak-masuk-meh.html :D

    ReplyDelete
  6. Nice entry.
    I follow your blog ya (143)...

    ReplyDelete

Thanks for reading deariers!