Thursday, 26 March 2015

Sharing : Petua hilangkan senggugut

Bismillah.
Assalamualaikum semua..salam jumaat penuh barakah ^_^ semoga kita semua dalam rahmatNya..terima kasih kepada yang follow cik freesia punya blog ni..maklumlah orang baru dalam dunia blogger..masih dalam proses belajar lagi :)


haaa..jeng2..mesti semua perempuan tahu kan bila tengok je gambar ni..hehe lelaki diam! ngeh2..ok entry kali ni cik freesia nak share sikit pasal sakit senggugut...oleh di sebab kan aku antara insan yang tak terkecuali dalam alam fana ini untuk merasa sakit ini..sakit nya x tertanggung kan ladies? erm rasa macam nak runtuhkan satu rumah, nak tendang katil, nak tendang pintu, nak baling bantal, nak makan orang..haha dan macam2.. hanya perempuan saje yang memahami macam mana rasa sakit tu..wahh gitu :P kebanyakan perempuan yang mengalami sakit ni mesti akansedikit terganggu tugas harian..macam aku bila time 'ni" memang cuti seheavennya lah..hehe kelas ponteng..jeng2..bila time sekolah menengah dulu aku lah antara insan yang akan mendiami bilik sakit setiap bulan..haha 

so jom kita tengok ladies ape itu senggugut dan petua2 yang boleh kita amalkan? ^_^

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea. ( di cedok daripada mana lagi kalau bukan pak cik google..hehe)
PETUA HILANGKAN SENGGUGUT (dicedok daripada berita harian)
---->Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

--->Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

--->Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
--->Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
--->Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

--->Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

 --->Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

--->Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

--->Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

--->Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

--->Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

--->Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

so inilah antara petua-petua nya..korang boleh la cuba ye..insyaallah akan berkurang sakit tu..hihi aku pon cuba jugak..orang tua-tua kata ikhtiar..hehe selamat mencuba ladies! dan jangan lupe share kat sini nanti (*_*)

                                          babai! jumpa di next entry okeh! muaahh ciked :*



No comments:

Post a Comment

Thanks for reading deariers! Sila tinggalkan komen anda. SATU pon jadilah.. haha

Segala bentuk komen yang berunsur lucah, negatif akan di ambil tindakan segera.

Sparkly Santa Hat Ice Cream
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI