Saturday, 20 August 2016

Resipi Ramen Korea

Assalamualaikum and Hye!



Happy weekend uols. Happy happy happy boleh rehat boleh enjoy. Beruntung lah naa sapa yang tak kejaa hari ni. hmm I is jelessss! Jeless! haha *marah betol

Ok lah hari  ni nak share resipi maggi je. Biasalah bujang. Wahahaha :P Tapi bukan maggi biasa-biasa ye. Ingat I tak pandai masak ke hah. haha :p Maggi yang hot dekat Malaysia sekarang ni. SAMYANG RAMEN! Yang makan sampai keluaq ayaq mata tu haa yang tu lah. haha Resipi korea ni I cedok dari FB sorang sis ni. Tertarik nak share sebab suka makan maggi ni tapi tak mampu nak lawan tahap kepedasannya ituh yang mencapai 200%.

Jom tengok bahan-bahannya :D

Bahan Utama :

Haruslah 200g Maggi Samyang Ramen yang sudah direbus. Jangan buat maggi lain pulak! Ramen ni uols boleh beli dekat AEON Big bersepah ada haa.. tak silap satu paket besar tu ada 5 or something. RM23. Kalau beli satu je untuk makan sorang tuh RM8! hahaha

Bahan Kuah Ramen Korea :

  • 3 batang sawi hijau (potong-potong) 
  • 100g daging sukiyaki 
  • 2 ulas bawang putih (Cincang halus)
  • 1 sudu makan sos sambal 
  • 1 sudu makan kicap 
  • 1 sudu makan minyak ikan 
  • 1 sudu makan minyak bijan 
  • 1 sudu makan minyak goreng 
  • 1/4 sudu teh lada serbuk 
  • 1/2 sudu teh cili merah serbuk 
  • 1cm halia (haluskan)
  • 5 buah cabe rawit merah (haluskan)
  • 2 buah cabe merah besar (haluskan)
  • garam secukup rasa
  • 600ml pati ayam 
  • 1 sudu teh tepung meizena (larutkan dengan sedikit air)
Bahan pelengkap :
  • Telur rebus 
  • Cendawan 
  • Bawang perai yang dihiris halus
Cara Membuat :
  1. Tumis bumbu (perencah) dengan minyak goreng dan minyak goreng dan minyak bijan hingga harum 
  2. Masukkan daging sukiyaki kedalam rempah tumis, aduk hingga berubah warna
  3. Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan tepung meizena yang sudah dilarutkan dengan air. Tunggu hingga mendidih
  4. Masukkan Maggi Ramen ke dalam kuah, kacau.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.

Fuhhh.. I think its complicated lol. haha no just a little. haha But why not try new things right. Hehe Selamat mencuba uols :D 


11 comments:

  1. nice share.. tapi mee segera ni halal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HALAL.tak silap ramen ni ada 2 jenis. yang ni yang halal. beli kat AEON. HEHE

      Delete
  2. Sedap ke? Kita buat pun tambah daging dan sayur je tapi tetap kering dan pedas tu. Kalau letak air taksedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE sedap. zira tak pernah tambah air. mesti tak sedap kan tambah air sebab dia macam meggi goreng gitu :D farah letak semua ke perencah dia?

      Delete
  3. Replies
    1. salam perkenalan jugak dear.

      hihi sedap tu memang sedap tapi pedas yang tak tahan tu :')

      Delete
  4. salam kenal sis... akak mmg mengudam nak makan maggie... tp hband tak bg sbb akak pregnant 4 bln lebih.... skang masih duk ngidam lg ni.... agaknya dah lama sgt tak makan dr tahun lepas... sedapnya...

    ReplyDelete
  5. 97 HERE! :)

    BEST RESIPINYA TAPI WAS2 NAK MKN NI SBB ADA KATA TAK HALAL ADE KATA HALAL
    AEON JUAL KAT SECTION NON HALAL RASANYA.

    RIGHT ME IF I,M WRONG

    HAVE A NICE DAY ^__^

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi...

    Jom join...

    http://jombercontest.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

    ReplyDelete
  7. busyra pernah rasa makan ramen. tp pedas sngt. padahal busyra mmg makan pedas. pelik jgk. haha. tp ramen berkuah belum pernah cuba lg.

    ReplyDelete

Thanks for reading deariers! Sila tinggalkan komen anda. SATU pon jadilah.. haha

Segala bentuk komen yang berunsur lucah, negatif akan di ambil tindakan segera.

Sparkly Santa Hat Ice Cream
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI