Assalamualaikum
dan Hye ^_^
Perempuan dan
kasut berpisah tiada. Chewah mukaddimah :D Dalam banyak-banyak jenis kasut, Heels
lah paling aku suka. Siap buat collection
lagi. Aku sejak kecik lagi suka sangat dengan Heels. Bila pakai Heels aku rasa
yakin dan gojes mojes githuw. Lebih-lebih lagi untuk orang yang kurang
ketinggian macam aku ni. Tetapi tahukan anda para wanita lazimnya
mengelak dari meggunakan kasut jenis heels untuk keluar shopping atau berjalan-jalan.
Selalunya, wanita memakai heels untuk ke acara penting sahaja seperti majlis
perkahwinan, acara khas dan semasa musim perayaan.
Jadi untuk mengetahui bagaimana untuk lebih selesa menggunakan
heel shoes
pada bila masa sahaja, mari kita ikuti tips berikut!
1. Pilih saiz yang betul
Saiz kasut yang betul memainkan peranan yang penting untuk
keselesaan optimum. Sekiranya kasut longgar atau lebih besar, kulit kaki mudah
melecet. Jika kasut terlalu kecil dan sempit, aliran darah akan tersekat dan
akan mudah rasa kurang selesa jika anda jenis sensitif, anda mungkin akan
pitam! Bahaya juga kalau saiz kasut tak betul ya. Jadi pilih saiz kasut yang
baik dan anda akan lebih selesa memakai kasut jenis tumit tinggi atau heels.
2. Perhatikan jenis
tumit tinggi
Untuk memakai heels dengan lebih selesa, perhatikan jenis
tumit. Pilih tumid jenis wedges atau platform sekiranya anda belum
berpengalaman memakai kasut tumit tinggi. Ini kerana kasut jenis wedges atau
platform mempunyai permukaan yang lebih luas untuk mengimbangi badan anda
semasa berjalan. Cari heels shoes yang tumit jenis block juga lebih selamat
daripada yang mempunyai tumit tinggi halus. Tumit tinggi halus lazimnya lebih
sakit dipakai kerana kekurangan sokongan tumit.
3. Berlatih berjalan
dengan betul
Kalau dah beli kasut heels atau tumit tinggi itu, rajin rajin
la anda berlatih berjalan menggunakannya di rumah terlebih dahulu. Cara
berjalan memakai kasut tumit tinggi ialah dengan mendahulukan tumit sebelum
bahagian jari kaki. Satu lagi, cuba berjalan dengan perlahan, jangan
tergesa-gesa kerana anda akan mudah terjatuh. Kalau tak latih diri menggunakan
heels, nanti takut pula tak yakin dan anda akan rasa kurang selesa menggayakannya.
Ini sahaja tips memakai kasut heels dengan lebih selesa yang
aku boleh kongsi dengan uols. Korang ada tips tersendiri tak? Jom kongsi kat
sini :D