Assalamualaikum and Hye!
Intro : Selekeh gitu la kalau namanya midnight movie :P
Hari ni aku nak review movie yang aku baru je aku tengok Sabtu yang lepas. Aku juga pernah review movie "The Jungle Book" a few weeks ago. Siapa tak baca lagi boleh baca kat *SINI
Seperti biasa akan tengok kat GSC East Coast Mall Kuantan ni.. hehe
Ruang yang luas dan selesa. Skrin pon memang best kalau pilih hall 1.
Sinopsis The Huntsman Winter's War (2016)
Film "The Huntsman Winters War" menceritakan tentang nasib The
Huntsman (Chris Hemsworth) dan Sara (Chastain) yang telah terjebak dengan dalam sebuah hubungan percintaan yang berbahaya. Ratu
jahat iaitu Ravenna (Theron) dianggap telah berhasil dikalahkan oleh pedang
Snow White dalam diam memperhatikan bagaimana kakak perempuannya
Freya (Blunt) harus menderita atas pengkhianatannya dan telah meninggalkan
kerajaan mereka.
Freya mempunyai satu kemampuan iaitu dapat membekukan musuh-musuhnya. Kerana itulah dia digelar Ratu Ais. Freya telah menghabiskan masanya di sebuah istana musim dingin untuk membesarkan
sebuah kelompok Huntsman. Termasuk Eric (Hemsworth) dan
prajurit Sara (Chastain) hanya untuk mengejar penghargaan diri dan
tentangan untuk terus berdemdam dengan rasa cinta.
Ketika Freya telah belajar dari kematian kakaknya, dia segera
mengumpulkan tentara yang masih dimilikinya untuk membawa cermin sihir
(Magic Mirror) sebagai satu-satunya yang tersisa untuk mendapatkan
kekuatan darinya. Tetapi setelah dia menemukan bahawa Ravenna ternyata
dapat dibangkitkan dari cermin sihir itu, Freya telah terancam dengan
kekuatan kegelapan yang belum pernah ada.
Kesudahannya? korang kena lah tengok cerita ni. Hehe
Review Film The Huntsman Winter's War (2016)
Film The Huntsman Winters War merupakan sebuah filem yang ceritanya
merupakan sambungan daripada Snow White and the Huntsman 2012. Tapi aku tak tengok pon yang 2012 tu. Haha Filem ini masih di
bintangi oleh pelakon hollywood iaitu Chris Hemsworth sebagai
bintang utama (pelakon yang paling aku minat..hehe). Bagi aku cerita ni sangat BEST! BEST! Dia punya view, jalan cerita, scene semua menarik.
Bab yang Freya (Ratu Ais) tu sebijik macam Frozen weh. Aku dah la jenis hantu Faitytale. Series istana dia, baju dia, semuaa cantik tau. So adorable tengok dia pon. Cantik banget! ^_^. Selain tu, cerita ni banyak sangat pengajaran. Pengajaran yang paling aku rasa sangat menikam kalbuku ialah "Selamanya kasih sayang tak kan pernah tewas dengan kekerasan". Wah ayat aku! HAHA Walaupon si Freya tu berusaha untuk mengeraskan hatinya dan berdendam dengan cinta dan sedaya upaya cuba pisahkan Eric dengan Sara, tapi cinta mereka tetap utuh. Ini harus di jadikan pengajaran. Hehe Freya pula walaupon luarannya penuh dengan dendam, tapi dia tak sampai hati nak bunuh si Revenna yang jahat tu. Kasih sayang antara adik beradik tu ada. Lain lah si Revenna tu memang kejam. Geram betul aku.
Yang part orang kerdil pon ada. Lucu. nilai kerjasama dan persahabatan pon ada dalam cerita ni. Mereka semua kerjasama antara satu sama lain untuk dapatkan cermin sihir tu. Aku betul kagum. Tambah-tambah bila kawan Eric dan Sara tu tak sampai hati nak bunuh mereka. Nampak sangat nilai kasih sayang persahabatan kat situ.
Inilah Si Freya tu :D
Memperkenalkan Eric & Sara the loving couple
Detail Cast dan Crew Film The Huntsman Winter's War (2016)
Genre : Action, Adventure, Drama
Pengarah : Cedric Nicolas-Troyan
Penulis Skrip : Evan Spiliotopoulos, Craig Mazin
Watak Film The Huntsman Winters War :
- Jessica Chastain sebagai (Sara)
- Chris Hemsworth sebagai (The Huntsman)
- Emily Blunt sebagai (Freya)
- Charlize Theron sebagai (William)
- Sam Claflin sebagai (Ravenna)
- Sheridan Smith sebagai (Pippa)
- Sophie Cookson sebagai (Duke of Blackwood )
wahhh bestnyaa kak dah tgk.. hehe.. kite tak tgk lg
ReplyDeleteHehehe best yunk cter ni.. Kena p tgk tau 😝 nanti dah tengok boleh la share juga 👯
ReplyDeleteAda sambungan tak cite ni ?
ReplyDelete