Assalamualaikum and Hye!
Alhamdulillah akhirnya ada
masa jugak bukak blog dan tulis entry penting ni. Fuhh berhabuk blogku
:'( *tiup blog sambil lap dahi*. About 3 weeks jugak lah blog ini sunyi
akibat kebizian diri aku tahap dewa. Haha Terima kasih kepada semua
yang sudi singgah blogwalking di blog aku, tinggalkan jejak dan juga
komen. Thanks a lot! I really appreciate. Nanti aku singgah blog korang
ok.
Ok hari ni aku nak buat entry yang sangatlah
penting. Seperti yang aku janjikan hadiah kepada pemenang segmen yang
aku anjurkan ada jugak blog review kan. So kali ni aku nak buat sedikit
blog review mengenai ketiga-tiga pemenang yang aku pilih. Sory sangat
sebab lama dah baru boleh buat blog review ni. :'( *susun jari mintak
maaf..hehe* Actually pemenang yang aku pilih tu bukanlah menggunakan
Random.Org tu. Aku pilih berdasarkan jawapan-jawapan yang sangat bernas yang dorang suggest untuk tambah followers dan benda tu aku praktikkan sampai lah sekarang. Hehe
Blog Review #Pemenang Pertama ( ierah sulaiman )
Juara untuk segmen aku ni merupakan seorang yang sangat manis orangnya. Nama di beri Munera Sulaiman ataupon di kenali sebagai ierah sulaiman ini sudah berblog sejak tahun 2013 lagi. Tak banyak yang aku tahu mengenai ierah ni sebenarnya *sorry*. Sebab bila nak tengok 'about' tak dapat pulak. Hehe Ape pon aku suka sangat tengok blog dia. Berlatarkan biru putih. Ala frozen gitu. Cantik! Ierah juga bukan lah sekadar blogger, tapi juga sudah mempunyai kerjaya dan juga berbisnes juga. Boleh visit blog beliau. Juga seorang yang meminati sukan extreme. Korang yang minat sukan extreme ni boleh lah kenal-kenal dengan beliau. Hehe So berbalik pada segmen aku hari tu, cadangan-cadangan yang ierah bagi ni sangat lah menarik perhatian aku. Senang nak follow pulak tu. Kat bawah ni aku sertakan sekali cadangan ierah bagi untuk tambah followers okey. Check it out!
Blog Review #Pemenang Kedua ( Rrai )
Pemenang
kedua segmen aku ni merupakan seorang blogger yang semakin di kenali
ramai. Senang dengan panggilan Rai blogger yang berasal dari Muar Johor
ini semakin aktif dalam dunia perniagaan. Mana tak nya Rai ada bakat
tersendiri dalam mendesignkan blog. Blog aku pon Rai yang design tau.
hehe Cantikkan? Servis memang terbaik. Harga pulak sangat lah
berpatutan. Dapat buat duit juga dengan design blog ni. Hehe Aku doakan
semoga Rai menjadi Designer Blog yang berjaya suatu hari nanti. Tak
tertumpu pada business design blog je, Rai juga ada menjalan kan
business produk-produk kecantikan. Boleh singgah blog Rai kat Rrai. Rai
juga merupakan seorang pelajar jurusan Undang-undang di sebuah kolej
universiti. Sangat peramah dan cepat mesra orang nya. Antara cadangan
bernas yang Rai bagi untuk tingkatkan followers anda! Moh praktis
sama-sama :)
Blog Review #Pemenang Ketiga ( Elsa )
Pemenang ketiga segmen aku ni masih seorang muda remaja. Berumur 20 tahun dan berasal daripada Rawang Selangor. Senang dengan panggilan elsa, pemilik blog yang berlatarkan warna biru ini sebenarnya mempunyai nama yang sangat cantik. Rasanya ramai masih tak tau nama penuh elsa kan. Ok aku review blog kali ni aku bagi sekali nama penuh. Hehe Harap Elsa tak kesah la ye :) Nama Elsa sebenar ialah Shaidatul Aireen Binti Tajul Arif. Nak details lagi boleh jenguk facebook beliau SHAIDATUL AIREEN. Elsa ni juga berblog sambil berniaga. Kalau anda nak shopping boleh visit IGshop theelsashoppe/theelsasweets. Juga sangat peramah dan mesra orang nya. Antara cadangan yang Elsa bagi untuk tingkatkan folowers aku akan list kan bawah ni. Sebabnya dengan tidak sengajanya dia dah terdelete entry tu :') haha Yang paling best Elsa sekarang tengah anjurkan segmen tau. Jom korang join ramai-ramai. Boleh *klik sini*
- Follow dan followback
- Rajin tinggalkan jejak dekat shoutbox
- No harsh word
- Tarik minat pembaca untuk baca entry dan penutup entry yang menarik contoh macam ajak diorang buat sekali. Contoh ayat "saya dah buat. Awak semua bila lagi?" "Korang macam mana pulak" "Komen yes kalau korang setuju!"
- Sentiasa share motivasi dan tips
- Semasa tinggalkan jejak, bubuh link latest entry kita
- Sentiasa puji kecomelan dan kesmartan blog kawan-kawan
So setakat ini sahajalah entry aku hari ni sempena melaksanakan hadiah yang telah di janjikan. Banyak kan input-input yang korang boleh dapat. So tunggu apa lagi jom sama-sama kite praktiss yeay.. Selamat tambah followers uols ^_^
p/s: kalau ada cadangan lain nak tambah followers boleh komen kat bawah :) sama-sama kita share ilmu gitu :)
terima kasih review elsa :* maaf sangat sangat pasal entry terdelete tu huwaaa :'(
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang... :)
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang! Good tips. Tq for sharing :)
ReplyDelete